::Jika kamu menerima nasihat dari seseorang, jangan perkecilkan nasihat tersebut, mungkin itulah nasihat terakhir yang kamu dengar sebelum kamu didatangi kematian::

Al-Fatihah

Assalamualaikum 

awak yang disayangi fillah

Ya Allah, rindu itu yang hadir dalam diriku ini, membuatkan kurasa terkenang pada mereka yang telah meninggalkan diriku ini. Semoga Engkau mencucuri rahmat ke atas mereka. amin
Mari kita sedekahkan al-Fatihah kepada yang telah meninggalkan kita didunia. Al-Fatihah.

wahai kawan kawanku yang telah pergi mendahului saya,
semoga awak semua dicucuri rahmat.
rindu benar pada kalian.

insyaAllah. saya akan lawati pusara kamu. 

terima kasih kawan kawan yang telah hadir dalam hidupku ini sebagai penemanku dan setia dengan nasihat nasihat murnimu itu. akanku ingat sehingga akhir hayatku yang terakhir.

nota hati:: kalau kita ada kawan, kita hargainya.
lebih lebih lagi apabila dia menasihati dan mengingati kita.
janganlah kita sombong dengan ilmu yang dia ingatkan tapi ucapkanlah rasa berterima kasih apabila kamu memperoleh kawan seperti itu.
apabila dia tiada, kamu akan rasa sepinya tanpa dia.
kawan ketawa ramai tapi kawan yang menasihati kita ke arah kebaikan  sukar di cari. dia bukan datang seperti angin dan berlalu begitu sahaja. hargai selagi dia ada. =)
biarpun pahit untuk kita terima kenyataan yang jujur darinya, 
tapi lagi pahit dan pedih apabila dia hilang daripada kita.
ingat dia itu pinjaman untuk kita. tak ada yang kekal melainkan daripada Allah.


No comments:

Post a Comment