::Jika kamu menerima nasihat dari seseorang, jangan perkecilkan nasihat tersebut, mungkin itulah nasihat terakhir yang kamu dengar sebelum kamu didatangi kematian::

Seindah Alam Itu

Assalamualaikum

awak yang disayangi fillah

hidup ini warna warni
yang terlakar pada kanvas 
walaupun tidak cantik 
ia tetap mempunyai 
sejuta maksud. :))

ingin terbang seperti burung (hiperbola sangat la awak ni) :))
inginkan dan perlukan masa :))







Lalala :')

Assalamualaikum

awak yang disayangi fillah

Saat awak sudah jadi milik orang, 
izinkan diriku berundur untuk seketika waktu
untuk mengisi ruang dihatiku dengan keadaan ini. 

Bukan mahu mengelak 
tetapi 
mahu memberi ruang yang sedia ada ini
untuk kita jadi lebih matang.

Tahniah teman.
saya tumpang bahagia dan gembira. :)




:)

Assalamualaikum

awak yang disayangi fillah 


-rindu-

tak dapat disentuh 
tetapi hanya dapat dirasai

Namun itulah rindu,
Anugerah dari Allah s.w.t
Dan 
benar, rindu itu datang dariNya
tapi
harus dikawal rindu itu dituju pada siapa.



Alhamdulillah

Assalamualaikum

awak yang disayangi fillah

Alhamdulillah untuk segala galanya :))


Sabar Ye

Assalamualaikum

awak yang disayangi fillah

Nak kongsi pendapat ni:
Pada 'umur' berapakah yang sesuai untuk menamatkan zaman bujang?
yeahh akhirnya terkeluar juga soalan ini dari hatiku sendiri.
hahaha.

Ada beberapa orang yang sudah tanya padaku,
soalan yang macam ni.

Jawab sambil senyum oo dan pening kepala nak jawab. lalala :)

jangan di tanya lagi, senak dah perut ni 

haha 

out !


Indah Persahabatn Itu

Assalamualaikum

awak yang disayangi fillah

Alhamdulillah, terima kasih kawan kawan yang membaca blog saya ini.
Alhamdullillah awak awak masih mahu tahu tentang kawan awak ini ye. :)

Doakan saya sihat dan boleh bertemu dengan awak semua.

kepada bakal bakal doktor tu, lagi beberapa tahun kita jumpa ye
kepada bakal bakal bakal jurutera dan sebagainya, insyaAllah kita akan berjumpa ye. :)
sayang korang! :')

Terima kasih :)



"Aku Kecewa Kerana Cinta"

Assalamualaikum

awak yang disayangi fillah

Pernah kecewa? Pernah putus cinta? 
Cinta terhalang oleh keluarga? Atau sebenarnya memang bukan jodoh...

Perasaan kecewa itu amat menyakitkan .
Putus cinta itu sesuatu yang pedih
apatah lagi cinta dikhianati
PERIT
Umpama kulit dihiris oleh belahan pisau

Cinta terhalang oleh keluarga.
Ya Allah sungguh tragis, bukan.
Mengapa dua insan bercinta tak boleh disatukan
Sedangkan kasih sayang itu telah lama wujud

Maka soal jodoh itu timbul.
Mungkin dia bukan jodohku.
Siapa tahu. Mungkin Allah mahu menguji kamu sebelum Dia memberi nikmat kebahagiaan yang sebenar wujud wahai hati

Benarlah kata kata: "cinta itu tak semestinya bersatu"
kita tak semestinya akan bersama dengan orang yang kita cintai
Tapi kita akan bersama dengan jodoh yang telah tertulis untuk kita di Luh Mahfuz
kerana Allah lebih mengetahui siapa yng terbaik untuk kita.

"Jika tepat masa, ketika, keadaan dan siapa, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya"
-Ust. Pahrol Mohamad Juoi: Tentang Cinta

Wahai hati,
Tabahlah engkau 
Kekuatan, ketabahan , ketenangan , kejayaan malah keimanan itu perlu kita cari
sudah tentu dengan izinNya juga kita nikmatinya.



akhirnya. 
alhamdulillah. sempat jua saya menaip naip. :)


Tabahlah Wahai Hati

Assalamualaikum

awak yang disayangi fillah

Alhamdulillah 

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan kita,
supaya kita dapat menjadi penilai yang terbaik.

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sama fikiran dengan kita 
supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah.

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak memahami keadaan kita 
supaya kita dapat kasih sayang yang terbaik , khas untuk diri kita.

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sempurna 
supaya kita sedar bahawa Allah Maha Pemurah Dan Penyayang kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak penyayang 
supaya kita lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya ada bersama Allah

Wahai hati yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, 
fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya

Hari esok pun kita sendiri tak pasti sama ada ia menjadi milik kita.
Gapailah keredhaan Allah dengan melaksanakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.

Percayalah sesungguhnya Allah tidak akan menolak permintaan HambanNya yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan Hanya kepadaNYA.

Wallahu'alam.



InsyaAllah :')


Assalamualaikum

Alhamdulillah.

hai awak ! sihat tak ? 
Lama jugak la saya tak meng'update'. :)

Tika diri sedang berehat rehat sebentar,
gambar di bawah ni,
menarik perhatian saya seketika. 
aww..aww.. (malu) dushh :PP



okeyh sampai di sini saja.
senyum sampai ke telinga.
hatiku tertawan dan tersentuh seketika. hii.
kepada kawan saya yang bakal nikah tu kan. 
moga awak bimbing bakal isteri awak ke arah jalan yang diredhai Allah ye. :)


Bermulanya Detik Itu

Assalamualaikum

Alhamdulillah

Saya selaku tuan punya blog ini, ingin meminta maaf sekiranya awak awak yang comel ini ada terasa dengan saya atau sebaliknya. Esok bermulalah final examination saya dan kawan kawan yang lain. Saya minta maaf. Doakan kejayaan saya dan kawan kawan yang lain. insyaAllah kami boleh buat. :)






Terima Kasih Untuk Hari Ini

Assalamualaikum

awak yang disayangi fillah

Alhamdulillah

Majlis pagi tadi berjalan dengan lancar dan meriah jugak. hee. 
yeay.
Abang Ijai dah jadi suami orang.
Apabila jumpa sepupu sepapat mesti meriah dan banyak cerita yang nak dikongsi.

Rasa sudah lama saya tak berjumpa dengan mereka(saya jela). lalala
Kini, anak anak buah sedaraku sudah bertambah.
DAN
Bilangannya bertambah dan membuatkanku bahagia  apabila melihat telatah mereka.

Yang penting seleraku sudah bertambah. Alhamdulillah

Terima kasih kakak kakak dan abang abang sepupuku memberi semangat dan beri harapan padaku.

Sayang awak semua.

:')))


Tahniah

Assalamualaikum

awak yang disayangi fillah

Alhamdulillah

-tetiba nak menaip naip pulak sebelum tidur-  :))

Wah! Esok abang Ijai mahu nikah. *tutup muka*
Jujue tumpang bahagia abang!
Macam mana perasaan abang? *tetibe tanya*

Kite jumpa esok ye bersama sama keluarga Jue dan sepupu sekalian serta yang lain. 
Owh sepupu sepupuku dan sedara maraku di Singapura.
Jue rindu meyh pada awak semua. :)   -sambil pandang kiri dan kanan-


Semoga majlis esok akan berjalan dengan lancar dan mendapat keredhaan Allah. InsyaAllah :))

Semoga memperoleh keluarga yang bahagia dan memperoleh anak anak yang soleh dan solehah :)
InsyaAllah :)






:')

Assalamualaikum

Awak yang disayangi fillah

Sedang saya berehat rehat sambil mendengar lagu "Rapuh" by Opick
Niat dihati nak mesej dengan kawan
Tapi sedang leka tengok mesej mesej yang ada di dalam hp ku
Tetiba saya tertarik dengan mesej kawanku sendiri 

"Belajarlah menyintai manusia yang tidak sempurna ini dengan cara yang sempurna..
iaitu
berasakan agama..
nanti Allah tolong sempurnakan cinta kita itu dengan saling menyempurnakan.."

wahai teman, saya hargai akan mesej itu
terima kasih awak masih ingat mengingati tika saya terleka hal dunia. 
maaf andai diriku ini alpa. 

Trust the one who can can see these three things in you:
- Sorrow behind your Smile,
- Love behind your Anger and
- Reason behind your Silence.

apa apa pun terima kasih :))




Rindu!

Assalamualaikum

awak yang disayangi fillah

Alhamdulillah, rasa syukur selubungi diriku. :')

tetiba teringat kat seseorang yang selalu jadi kawan+pendengar setia+peneman diriku ke mana yang inginku pergi+gelak tawa sama sama+tempat punching bagku juge+tempat mendengar luahan  isi hatinya.

siapakah yang bertuah tu ye.  :))

rindu pada adik !

waa baru berapa hari tak jumpe tapi dah rindu dia.

dushh :P

doakan kakakmu disini ya adikku. (cewaah) :))


Salam Ma'al Hijrah

Assalamualaikum

Salam Ma'al Hijrah buat semua muslimin dan muslimat :)

Bersama kita berhijrah kepada yang lebih baik.
Semoga kita sentiasa istiqamah dalam setiap amal yang dilakukan semata mata kerana Allah.




Suka! Suka!

Assalamualaikum

Alhamdulillah

14/11/2012

Cuaca diluar mendung seperti mendungnya hatiku ini. (cewaahh) :P

mood: lepas ulangkaji, semestinya online bebeh !
jari jemariku cepat je menekan link facebook.
ha amik. kakak sepupuku meng'tag' namaku sekali.
waahhh. (tetibe menjerit) :)

tak sabar nak tengok abang Ijai nikah. muahaha :)
mesti best kan. tunggu kepulangan Juejue meyh.
maaf ye Juejue lewat balik.
nanti kita jumpa kat rumah pengantin perempuan ye wahai sepupu sepupu kesayangan dan mak cik mak cik serta pak cik pak cik tercinta. :))

yang pasti hadiah, Jujue serahkan pada abang abang dan kakak kakak kesayanganku. :)
(belum cukup umur nak bagi hadiah, -lagipun tak kerja lagi ) hee :D

nak tengok mereka nikah.
yeayy..yeayy. 
(mengalahkan saya nak kahwin je) hee :')


Tahniah pada MakSu & Paksu sekeluarga akan mendapat menantu perempuan
sukanyer pun Jujue !

:))



Comel Sungguh Perangai Awak

Assalamualaikum

point 1::HAHA(gelak jahat)

Sampai hati kau kan ,
Ya Allah, tabahkanlah hati aku berhadapan dengan dia.
Walaupun awak jauh(jauh sikit jela) dari saya.
Sampai hati kau musnahkan hari aku ! (eh hari ini jela) :/

Agaknya, kalau awak ada tepi saya tadi .
Agak agak apa yang saya buat kat awak ye.
Rendam awak dalam air laut ke !

Fuhh, sabar jela dengan awak ni
Comel kan perangai awak. 
Walaupun awak tak ada kat sini, awak boleh tahu pergerakan saya ye.

mesti awak dah berpuas hati kan sekarang ni. :)
betul tak ?
bila saya dengan dia dah jadi macam ni.

selangkah awak berhadapan dengan saya, jangan ingat awak boleh berpatah balik macam tu saje. 
 berani dengan atas tindakan awak . 

bertanggungjawab atas kata kata awak pada abangku.
muahahahaha.  !


Assalamualaikum

Alhamdulillah apa yang aku inginkan, Allah permudahkan. Walaupun aku dapat merasai sekejap. Bak kata orang, kita akan rasa bahagia sekejap je. Tapi derita akan berpanjangan apabila ada orang tak berpuas hati dengan kita. Ya Allah, aku hargai dengan pertemuan itu. Andai itu pertemuan aku yang terakhir dengannya, aku pasrah. Ye memang, singkat sangat kami berjumpa. Seolah olah mengetahui bahawa aku dan dia akan berakhir. Kenapa hatiku berkata begitu? Mungkin itu petanda  yang aku perlu jauhinya. Ya selalu kata hati adalah firasat yang paling tepat. Apa yang kita rasa itu, adalah perkara yang bakal berlaku. Ya Allah, aku tak mampu untuk menampung perasaan rindu pada hambaMu, ambillah perasaan ini. Ya Allah, jagakanlah dia untukku. 


Saya Tumpang Gembira! :))

Assalamualaikum

Alhamdulillah

waaa tak jadi tidur sebab terkejut
dengan khabar gembira. 
hehehe. :))
Alhamdulillah pada kakak angkatku yang sudah selamat melahirkan anak lelaki.
waahh sudah jadi ibu kamu ye. !

mesti awak rasa gembira kan wahai kakak angkatku :))
Alhamdulillah, terima kasih sebab beritahu saya. (terlewat sehari kakak beritahu). hihihi 
saya tumpang gembira kak  dan abang ! :))

nanti saya melawat kamu ye, :))

nak tengok baby kakak.
mesti comel kan. hee :))


(ni bukan gambar baby tu. saje amik kat incik google) hihihi :))

tak sabar nak dukung si kecil ni :))

Tahniah!!! Zue ucapkan pada kakak dan abang :))


Nothing to Say

Assalamualaikum



I miss being crazy
Smiling widely


I miss playing around without stressing out
Running everywhere 
Falling on the ground and gets up again
And running again with laughter


But no one will understand why I'm crying
Just like the baby :')


 I have friends who always hugs me
Makes me smile 
I admit they're great and I love them



Alhamdulillah

Assalamualaikum

awak yang disayangi fillah

hari ini kan , hari yang bahagia sangat. Alhamdulillah :))
saya jumpa dengan seseorang (lama juga tak jumpa si dia ni) :)
sumpah malu + berdebar debar.
tapi kan. tapi kan.
my hero temankan saya jumpa si dia. wahh sporting ! :)
terima kasih ayah! (muahh)

mula mula agak takut jugak la, (nak jumpa orang pun takut) -apa la saya ni- hihi :')
bukan takut tapi berdebar debar. 
kalau jantung ni boleh diukur kelajuannya, agaknya bacaannya yang tinggi. :)

okeyh saya tak mampu nak tengok mata si dia. huishh. agak kelakar di situ ye. :D
jaga pandangan lagi elok kan. hihi

tapi apa apa pun terima kasih dengan taufu fa tu.

-sambil dengar lagu Demi Matahari, snada-

Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah.
Kau munculkan MatahariMu dan dengan izinMu Kau permudahkan urusanku hari ini.
Sesungguhnya Engkaulah sebaik baik perancang. ameen. :))

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit berserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah, Subhanallah...Allah, Subhanallah...
 Allah, Subhanallah..Allah, Subhanallah....

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikanNya
Merugi bagi yang mengotori Nya...Subhanallah



-nasib baik tak main gitar yang telah sedia ada di situ.-

:)


^_^

Assalamualaikum

After everything happened 
I got experienced, maybe the worst event of my life for these 19 years
But there's still a lot coming in future
It's too hurt and bitter for me to swallow everything
My heart aches so much

But everything happened had given me a new sense of life
I'm changing to a better me
I'm starting new life
I'm having better life

Thank you to you
Because you hurt me so much
But I didn't blame anything on you and you shouldn't blame anything on me
I've hurt enough by all your fault to me all these time
I trusted you, but how could you betray me ?
It's okay
I wish you better life
I hope you change and leave the thing
Thank you again

I've changed, insyaAllah to be better. :)


-Maaf andai 'grammar' ku lintang pukang-

La Tahzan InnaAllah Ma'ana :')