Salam dihulur sebagai pembuka bicara,
Alhamdulillah masih dapat bernafas dengan caranya.
Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Saya nak berkongsi dengan awak yang comel ini. Luangkan masamu dengan membaca bahan bahan ilmiah. Banyak ilmu yang akan kita peroleh. Awak akan rasa tenang dalam diri. InsyaAllah.
Wahai manusia yang paling bahagia
kerana agama dan etika, meskipun tanpa permata,
kalung dan emas yang menghiasinya
melainkan berkat tasbih yang selalu yang dibacanya
bagaikan berita gembira, bagaikan hujan,
bagaikan fajar, bagaikan sinar dan bagaikan awan
dalam sujud, dalam doa,
dalam sikap merasa dalam pengawasan Allah,
dalam pemikiran yng bersumberkan dari cahaya Lauh
berkat keyakinan yang ada
dalam kalbumu yang suci
lagi penuh ketaatan.
Hapuskanlah air matamu dengan berprasangka baik kepadaNya.
Buanglah segala penderitaan dan kesedihanmu dengan mengingat segala nikmat Allah kepadamu.
Padamkan api kedengkian di dadamu dengan memaafkan semua yang pernah berbuat salh kepadamu.
Bekalan:
Esok akan menguntum bunga yang harum baunya
mengusir segala kesedihan dan menjadi penghibur
hati.
Antara yang dapat saya kongsikan dengan awak yang comel ini. InsyaAllah saya akan tambah input yang lebih berguna lagi. Maafkan saya atas khilafku sendiri. Moga apa yang awak dapat ini, dapat amalkan. :)
saya sayang awak yang comel ini kerana Allah.
biar orang nak buat apa pada kita,
jangan balas padanya tetapi nasihatinya.
insyaAllah dia akan berubah.