::Jika kamu menerima nasihat dari seseorang, jangan perkecilkan nasihat tersebut, mungkin itulah nasihat terakhir yang kamu dengar sebelum kamu didatangi kematian::

Jangan Izinkan Aku Jatuh Cinta Andai Masanya Belum Tiba

Assalamualaikum 

Aaawak !!! Okeyh awak. Yela awak. Awak yang sedang membaca ini.
Nampakkan tajuk saya ni. Tentulah awak nampakkan..hee :D
Sebelum itu nak tunjuk ini::::
>>>>>>>>>


Maaf ya saya rembat kat incik google gambar ni. Ini hanya penyeri untuk entri kali ini. Alhamdulillah saya masih belum ke arah ini lagi :)) InsyaAllah suatu hari nanti.. (ececeh) 
*tutup muka dengan bantal*

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku jatuh cinta,
Aku mohon agar Engkau tunjukkan jalan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaanMu,
Kerana dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Engkau tahu kami belum bersedia,
Selamatkanlah kami,
Jarakkanlah kami,
Pisahkanlah kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosakkan izzah dan iffah,
Agar kami  tidak mengundang murkaMu,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai Illahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan  untukku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah yang baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan   yang benar benar mampu memimpinnya ke syurgaMu
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cintaMu.
Amin.. :)

Perkhawinan tu bukan mainan ye. Hari ini nikah dan kalau boleh janganlah berpisah kecuali hanya maut sahaja memisahkan. Sama sama kita doa supaya kita suatu hari nanti akan kekalkan dalam ikatan yang suci ini. InsyaAllah =) *tetiba je ada mood nak taip perkara macam ni* ngee~

Bukan untuk saya sahaja, tapi untuk awak juga :)

Sampaikan sesuatu ilmu tak salah malah baik sekali.. Kan comel apabila kita kongsi ilmu dengan orang walaupun sedikit.. :DD
InsyaAllah akan ada manfaatnya kelak.. :)))


Jangan Bersedih

Assalamualaikum

awak yang disayangi fillah. 

Mengenai tajuk kali ini, rasa mahu berkongsi dengan awak yang comel ini. 
Okeyh ni tentang jodoh yang ingin saya utarakan. waa~
Jangan kita bersedih yang terlalu di hati kalau dia bukan untuk kita..
Dia boleh beritahu apa yang dia rasa tapi yang menetukan sama ada awak dan dia akan bersama,
bukanlah dia dan awak. 
TAPI 
Allah s.w.t..
kalau memang bukan jodoh awak kenapa perlu sedih sedangkan Allah masih ada dengan kita.
rasa yang hadir dalam diri itu adalah mahu menguji kita sebagai seorang hambaNya.
Allah Maha Mengetahui. yakinlah tentang itu.

doakan kebahagiaan orang lain, jangan dengki kalau orang lain bahagia.
(peringatan tuk saya dan awak yang comel juge~)


Alhamdulillah, kawan kawanku telah bertemu jodohnya.

ini untuk tuan blog::jangan nak fikir sangat tentang ni.
Jodoh kamu tu tak lari kalau dia adalah milik kamu suatu hari nanti..(jangan nak main lari lari sangat kat sini)..hee :D
fokus dengan pelajaran dan teruskan apa yang awak inginkan..ohhh yeahhh.. *kenyit mata* ;)


Apabila Awan Baik Bercinta

Assalamualaikum

awak yang disayangi fillah. 

wah..wah..tajuk saya ni..saje je letak macam tuuu ;)

Alhamdulillah, hari ini dapat jugak update. hee
tadi tengah mengemas terjumpa buku yang cukup istimewa.. :D
buku tu bukanlah dari saya tapi dari seseorang.
bak kata orang "secret admire".... *tutup muka dengan bantal*  ;))
ya, dia bagi tapi alhamdulillah buku sentiasa ada di rak bukuku. 
baca dan fahami apa yang terkandung. :)
menarik sangat. adakah mempunyai maksud tersirat. hurm
wallahu'alam. terima kasih ya sudi memberi buku itu.
kini saya dan dia sudah terputus hubungan(maksudnya tak hubungi antara satu sama lain)

harap awak berjaya dalam bidang yang ceburi ya. 

mai mai saya tunjukkan buku itu
mesti awak yang comel dah baca buku ini kan.
takpe, saya hanya nak kongsikan je.. ^_^



Indahnya Ukhwah Itu

Assalamualaikum

awak yang disayangi fillah,

hai hai awak yang comel. apa khabar. lamanya saya tak mengupdate blog yang saya sayang ni. hee

rasa syukur di hatiku. Alhamdulillah
Alhamdulillah, sudah hari keempat kita sebagai umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan. :)
tadi selepas menunaikan solat terawih bersama sama jemaah yang lain.
tetiba ada seorang kakak ini menegurku setelah saya menyalami beliau.
"bukan ke awak yang solat sebelah saya semalam(sambil beliau senyum)...katanya"
"ya, saya..(sambil senyum..hee)..saya balas"
senyum yang manis dari kakak itu setelah beliau berbual dengan saya sebentar.
nampak tak, Islam itu indah kan.
walaupun kita tidak mengenali seseorang itu 
tapi orang akan ingat kita.
mari sama sama kita buat amalan amalan yang baik di dalam bulan Ramadhan ini. ;)
istiqamah dalam kehidupan kita.
insyaAllah, kita akan dapat barakahnya. 

okeyh jaga diri awak yang comel ini ya. :)

Bertemu Lagi =)

Assalamualaikum

awak yang disayangi fillah

Alhamdulillah, rasa gembira apabila dapat bertemu Ramadhan Al Mubarak ini.
syukur ke hadrat Illahi
semoga Ramadhan kali ini dilimpahi keberkatan dan kita semua yang beragama Islam
merebut peluang itu untuk mendapatkannya.
kali ini pergi solat terawih lagi. alhamdulillah
*kesat air mata ;)

jangan kita bazirkan masa yang ada ini ya.
lakukan amalan amalan yang baik di bulan mulia,
maafkan mereka yang telah buat salah pada kita.
maaf itu kan indah disisi agama kita. betul kan. hee ;)

awak yang comel puasa elok elok ye. okeyh.. :)

Alhamdulillah

Assalamualaikum

awak yang disayangi fillah

Alhamdulillah, masih dapat bernafas di muka bumi Allah yang indah ini. :)
saya rasa bersyukur dan gembira melihat perubahan yang dilakukan oleh kawan kawan.
sudah mula memakai hijab. Alhamdulilah
kan comel tu sayang. =)

jangan takut orang cakap:
"kenapa pakai tutup2 ni, tak ikut trend la kau ni"
"dah bagus sangat ke,kau buat macam ni"
fuyoo, dia dah berubah sekarang"

tapi..
awak doakan dia berubah dan akan berubah serta sedar apa yang dia lakukan.
 awak yang comel ni sabar ye sebab awak dah lakukan yang terbaik dan lakukan perintah Allah.
"perempuan wajib menutup aurat sayang, bukan bungkus"
bertaubatlah sebelum terlambat kerana kelalaian kita sendiri.

perempuan yang menutup dirinya(menjaga aurat) sendiri lagi comel sebab dia tahu batasan pergaulan dia dan dia tahu auratnya hanya muhrim dan halal saja yang layak ke atasnya.
berubahlah wahai sayangku walaupun itu pahit.
sebab kita mahukan redha Allah bukan redha manusia.
di sini saya bukan mahu menyindir tetapi saya sayang kaum dan seagama yang sama dengan saya.
nasihat menasihati itu lebih baik. orang tegur bukan dia marah tapi dia sayang ;)
berubah ke arah kebaikan tak salah kawan. itu lebih baik. ;)

lagi comel kalau awak tahu Islam ini indah dan senang kawan.. :)

Sendiri itu Terapi

Assalamualaikum

awak yang disayangi fillah

siapa kata sendirian tak bahagia?
tak seronok..?
dari luaran, orang akan nampak seseorang tu kan nampak sedih bile sendiri sebabnya
tidak ditemani.
tapi,
mereka yang sendirian tu lah yang lebih bahagia.

Jangan paksa diri kamu sayang, kalau kamu tak boleh terima.
insyaAllah, ada jalan penyelesaiannya.
ada hati yang akan terluka kalau kita tak fikir secara rasional.
ambil masa kamu untuk bersendirian.
kalau benar perkara itu terjadi, maknanya itu adalah ketentuan.
berusaha selagi boleh dan kamu mampu. okeyh ^_^
okeyh senyum dan kenyit mata sikit.. ;)






Al-Fatihah

Assalamualaikum 

awak yang disayangi fillah

Ya Allah, rindu itu yang hadir dalam diriku ini, membuatkan kurasa terkenang pada mereka yang telah meninggalkan diriku ini. Semoga Engkau mencucuri rahmat ke atas mereka. amin
Mari kita sedekahkan al-Fatihah kepada yang telah meninggalkan kita didunia. Al-Fatihah.

wahai kawan kawanku yang telah pergi mendahului saya,
semoga awak semua dicucuri rahmat.
rindu benar pada kalian.

insyaAllah. saya akan lawati pusara kamu. 

terima kasih kawan kawan yang telah hadir dalam hidupku ini sebagai penemanku dan setia dengan nasihat nasihat murnimu itu. akanku ingat sehingga akhir hayatku yang terakhir.

nota hati:: kalau kita ada kawan, kita hargainya.
lebih lebih lagi apabila dia menasihati dan mengingati kita.
janganlah kita sombong dengan ilmu yang dia ingatkan tapi ucapkanlah rasa berterima kasih apabila kamu memperoleh kawan seperti itu.
apabila dia tiada, kamu akan rasa sepinya tanpa dia.
kawan ketawa ramai tapi kawan yang menasihati kita ke arah kebaikan  sukar di cari. dia bukan datang seperti angin dan berlalu begitu sahaja. hargai selagi dia ada. =)
biarpun pahit untuk kita terima kenyataan yang jujur darinya, 
tapi lagi pahit dan pedih apabila dia hilang daripada kita.
ingat dia itu pinjaman untuk kita. tak ada yang kekal melainkan daripada Allah.


Tahniah

Assalamualaikum

awak yang disayangi fillah

Alhamdulillah, hari ini kawan kawanku ramai yang mengupdate status di fb
tentang sambung belajar.
Tahniah(!)
Zue suka.
terutama yang sambung belajar tentang Kejuruteran.
tak kisah kejuruteraan apa yang korang ambil.
sama ada kejuruteraan:
Kejuruteraan Mekatronik
Kejuruteraan Kimia
Kejuruteraan Awam
Kejuruteraan Mekanikal 
Kejuruteraan Elektrik
Kejuruteraan Petroleum
huhu, tak lupa jugak pada korang yang ambil kos lain lain.
saya pun tumpang gembira,
tak lupa pada kawan kawan yang akan fly tak lama lagi ya.
waa tahniah ye.

DAN

kepada kawan kawan yang dapat UniKL MICET.
selamat datang(!)
jumpa korang nanti ya..huhu.. :)
(tak lama lagi korang masuk kan, tak lama lagi jadi warga MICET ye..ngee~~)

Jaga Bicara Awak

Assalamualaikum

awak yang disayangi fillah

tadi kan, baru je dapat meluangkan masa dengan fb dan twitter.
okeyh abaikan sekejap. sekarang mahu menaip jee~~
tetiba rasa terkejut jap,
alhamdulillah awak follow saya ya kat twitter.
suke nyer pun. :)
hati berbunga riang meyh. nanti saya follow balik ya. hee
haha. akhirnya berjaya juga ya kamu cari walaupun bukan dari saya. :)

ni untuk awak yang comel,
lagi satu, apabila awak rasa dia sudah sah jadi milik kamu(maknanya dah halal dari segi agama)
jagalah percakapan awak ye,
terutama kat fb. janganlah bergaduh kot.
jaga perasaan orang lain sama walaupun saya hanya membaca. okeyh
cakap baik baik kan comel. :)

jangan menunjuk sangat. tak baik. :D
sebab Islam tak mengajar kita untuk menunjuk nunjuk. :)
jaga perasan orang yang kurang bernasib baik dengan kita.
bersederhanalah dalam kehidupan.
kan comel. :)

kalau kita buat baik, tapi orang benci kita. bukan salah kita.
senyum dan senyum selagi awak mampu sayang.
dia mahu menguji kamu, takpe kalau dia suka buat begitu. :)
tapi,
saya harap kalau kamu ubahkan apa yang patut dalam diri. lagi comel sayang. :)
saya tunggu saat itu. 
ya, saya tunggu saat perubahan awak. :)
buatlah apa yang awak suka, kalau itu dapat buat awak senang hati. :)

jaga diri. :D




Akan Ku Jumpa

Assalamualaikum

awak yang disayangi fillah

Ku mengatur langkahku
berjalan tanpa bayang bayangmu
langit dan bumi setia setia menemaniku
matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindunganmu
hari berganti hari aku masih teguh menanti
hadir diri mu dalam hidupku ini
rasa kecewa ada bila kaki bila penat berlari
namun yakinku kau kan kutemui
ku takkan pernah cuba berhenti
langkahku mencari cinta
yang ku tahu hanya tuk diriku
kan ku terus cari sampai hujung dunia
kerna ku tahu akanku jumpa dirimu
dan ku kan terus menempuh mimpi mimpiku selalu
kulihat semua gembira
bila mengenali cinta
senyuman ku beri hanya duka
bila ingin teman tuk berbicara
cinta jangan sembunyi
mataku kabur mencari
hadirlah dalam hidupku ini
cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba
untuk mengejar dirimu

(Lirik lagu Azfar:: Akan Ku Jumpa)  =)

Pasangan Yang 'Sweet'

Assalamualaikum

awak yang disayangi fillah.

Sweet pulak bila tengok orang yang dah kawin ni pegang tangan, terutama pergi masjid sama sama.. untung dapat suami yang begitu. makan sama sama, tengok tv sama, buat kerja sama sama. semuanya sama sama lah. lagi sweet bila solat sama sama..hee. suka tengok mereka tapi yang belum halal jangan gatal gatal nak buat ye.(!) ingat tu(!)

kepada yang sudah berkhawin, nak ucap tahniah. Alhamdulillah. semoga mendapat keredhaan Allah..  InsyaAllah =)

dushh..apa ni tetiba taip tentang kawin ni..haishh. 


tengok sambil senyum. *kenyit mata sikit* heee