::Jika kamu menerima nasihat dari seseorang, jangan perkecilkan nasihat tersebut, mungkin itulah nasihat terakhir yang kamu dengar sebelum kamu didatangi kematian::

Alunan Qasidah

Assalamualaikum

awak yang disayangi fillah

Subhanallah
Apabila mendengar alunan qasidah ini banyak kali, AllahuRabbi.  merdu.
Tersentuh hatiku mendengarnya.
Andai diberi kesempatan dalam diriku, saya ingin anak anak saya juga mengalunankan qasidah ini.
Sama sama mengalunankan bersama sama keluarga. mesti "sweet" kan. :)
insyaALLAH, suatu hari nanti .  :)

Apabila terdidiknya anak kecil dengan agama Islam, maka banyak manfaatnya.
Tahniah pada ibu bapa dan guru guru yang mendidik anak anak mereka.

mari kita dengar sama sama alunan qasidah ini. Banyak mendengar berkaitan agama Islam ini, banyak manfaatnya. (ingatan untuk saya juga).




peringatan:
apabila nak dengar, "pause" kan lagu di bawah ini dulu ye. hee :)
siapa siapa yang tahu tentang alunan ini, ikut sekali ya.
masih ada masa lagi untuk menambah apa yang kekurangan dalam diri.
mari ambil masa untuk menimba ilmu ilmu Allah. :)




Ada Cerita Bahagia Disebalik Ujian Itu

Assalamualaikum

awak yang disayangi fillah

hanya dapat ungkapkan ucapan Alhamdulillah
ada suatu ketika, bila kita marah pada orang.
jangan mudah hamburkan kata kata yang kurang elok
kita kena ingat setiap orang ada perasaan.
tak kira sama ada dia lelaki atau perempuan


kini tutup buku lama.

buku baru terbuka luas di hadapanku
untukku mengisinya dengan kisah perjalanan hidup
bersama sama dengan orang yang mengejar keredhaanNYA


alhamdulillah, kerjaku berjalan dengan lancar 
banyak cakap belakang yang kuterima
tapi tak apa.
saya hanya mahukan yang terbaik untuk kita semua.


saya teruja dapat berinteraksi dengan Executive Safety Officer
HONDA (MALAYSIA) SDN.BHD.
kawasan di Melaka, berdekatan dengan tempatku belajar.
kalau dulu, hatiku cuma terdetik.
"bilakah aku dapat masuk ke sini untuk berurusan dengan pegawai pegawai"

alhamdulillah, Allah itu adalah sebaik baik perancang.
kini saya dapat menimba pengalaman, 
yang bukan semua orang dapat rasai.
alhamdulillah. aku bersyukur padaMU.

sebuah syarikat yang GAH di mata masyarakat.
kini, saya dapat rasakan apa yang orang ingin rasa.

terima kasih kepada kakitangan syarikat HONDA(MALAYSIA). SDN BHD
yang bekerjasama dengan kami.
hehe.. :)

hanya Allah mampu balas jasa baik anda semua :)





wajah wajah ceria :))

kata seorang kawan:
insyaAllah, kalau ada rezeki jadi ENGINEER di syarikat HONDA.

wah, sudah jatuh hatikah pada perkhidmatan dan pengurusan di HONDA.
insyaAllah, kami doakan awak ye :))

doakan kami berjaya didunia dan diakhirat demi mengejar ilmu yang bermanfaat.
insyaAllah. ameen :))





:)

Assalamualaikum

awak yang disayangi fillah

terasa diri ini mahu pergi ke suatu tempat yang jauh dari orang ramai.
ingin melihat indahnya ciptaan Allah.
adakah aku alpa akan terjadi ini?
mungkin aku lalai mengingatiNYA.

diriku terasa kerdil apabila bersama sama orang yang memperjuangkan agama ALLAH
aku lalai dengan kehidupan dunia, 
apa yang yang ingin kukejar selain ingin mendapat keredhaan dariNYA.

bangkit wahai seorang hamba ALLAH.
bangkit Zue !
awak tahu awak berada didalam jalan yang betul.
awak sedang mempertahankan hak awak.
awak kena ingat hidup ini adalah ujian.
tanpa ujian bukan sebuah kehidupan.
awak kena bangkit sayang !

awak boleh Zue! awak boleh!
insyaAllah..



gambar ini menarik perhatianku seketika.
apa yang anda nampak. sama tak dengan apa yang saya nampak. :')


-IS-

hanya yang faham dapat jawapannya. :)


Saat Itu

Assalamualaikum

awak yang disayangi fillah

Alhamdulillah, masih boleh bernafas dengan hendakNYA. ameen.

Aku telah 'dilamar' oleh Malaikat Maut.
Aku bakal 'Bernikah' dengan 'Kematian'
Aku bakal 'Bercerai' dengan 'Dunia' yang aku kejar
'Maharku' adalah 'Nazak' dan persalinan 'Kain Putih'
'Pelaminku' diwangikan dengan 'Gaharu Cendana'
Disaat itu aku akan 'Diarak' dengan laungan 'Azan'
Ber'AKAD'kan 'Talqin', ber'Walikan'kan 'Liang Lahad', ber'Saksikan Nisan'
DAN
'Malam pertamaku', akan 'Diserikan' dengan persoalan MUNKAR DAN NAKIR. 

Allahu Rabbi.

Ingat, Awak ada Tanggungjawab :)

Assalamualaikum

awak yang disayangi fillah

awak.awak.awak.

bukan saya tak suka, tapi tolonglah apa yang berlaku ini,
awak faham kenapa saya jauhkan diri saya dengan awak.
bukan saya BENCI  ! tapi ada sebab saya buat begitu agar saya dan awak tak akan terasa antara satu sama lain.

oh please ! jangan uji sabar saya dengan apa yang awak buat ini.
sepatutnya awak sebagai lelaki, janganlah memarahi perempuan yang awak suka.
maaf saya hanya dapat senyum dan senyum apabila melihat 'your future wife'
-kepada your future wife-
saya doakan korang akan bersama juga akhirnya. insyaAllah.

boleh tak awak faham hati seorang perempuan.
ye ! memang pahit apabila seorang perempuan menolak awak.
sebab apa? 
sebab dia ada hak menentukan arah tuju hidupnya.
ya Allah, Engkau satukanlah hati pasangan ini agar mereka dapat membina sebuah ikatan  perkhawinan yang harmoni dan adil di sisi agamaMu.

kaya harta, tak bermakna awak boleh beli hati orang.
kaya harta, tak bermakna awak boleh sindir orang.
kaya harta, tak bermakna awak boleh jatuhkan orang.

TAPI..

kaya iman, dapat membuatkan orang lain ceria.
kaya budi, orang akan hormat kita.
kaya senyuman, dapat membuat orang terhibur.
kaya hati dan budi, hanya Allah mampu balas.

wahai kawan yang merangkap pencinta wanita.
saya tak mengharapkan awak akan bersama dengan saya. 
tapi saya nak lihat awak bahagia.
biarkan masa yang lalu itu mengajar kita, apa itu erti pengorbanan.

saya tak layak untuk awak. ingat itu.
tak salah kalau kita kawan, 
tapi.
saya dan awak ada tanggungjawab.
iaitu membahagiakan hati ibu dan ayah masing masing.

(jangan salahkan takdir kenapa mama awak ingin awak bertunang dengan pilihan mama awak, 
mungkin ada hikmahnya.okeyh )

kalau awak sedih, mari kita sama sama berzikir. 
memuji Allah lagi elok sebenarnya.

lagi satu pesanan saya: 
ingat, cinta selepas nikah lebih nikmat sebenarnya.(cewaah saya ni)..hahaha
bahagiakanlah hati kedua dua belah pihak awak.

saya dan kawan kawan akan mendoakan kebahagiaan awak dan bakal isteri .
insyaAllah. :)

jangan risau akan jodoh orang lain, yang penting jodoh awak sudah pun ada. :)

bahagia dapat lihat dan bakal tunang awak. comel :D

selamat bertunang dan alami alam rumahtangga kawan ! :)


Tiada Kata Kata Mampu Kuucap

Assalamualaikum

awak yang disayangi fillah

Jauhnya awak di utara.
Maafkan saya, andai coretan ini awak terbaca.
Bukan saya tak mahu awak tapi biarlah jarak yang ada ini membuat kita lebih memahami antara satu sama lain.

Mungkin awak ada terdengar cerita tentang saya tapi saya tidak pernah mengenali awak.
Aneh bukan. !

Jangan beritahu saya cinta pandang pertama ye.

Saya ada wali, mintalah izin dari waliku sekiranya 
awak jujur dengan perasaan awak.



Cinta Selepas Nikah

Keliru

Assalamualaikum

awak yang disayangi fillah

kadang kadang kita perlu lupakan seseorang yang pernah hadir dalam hidup kita kan.
tapi sekarang dia dah tinggalkan saya.
ok. rasanya pahit bagaikan hempedu. *cewaah

kini, ada dua orang yang hadir.
tapi perlukah kita korbankan perasaan yang hadir itu ?

Ya Allah, Engkau memahami isi hatiku.
Aku takut akan perasaan ini.
kerana aku takut juga sekiranya aku mengguris hati kedua hati lelaki ini.

oh wahai lelaki, jangan kau uji diriku ini dengan perasaan yang ada ini.

saya perlukan masa untuk buka hati ini untuk insan yang bernama lelaki. :')

andai diriku ini telah membuat salah dan membuat kamu berdua terasa.
maafkan saya ya ! :D

*maceh*   (^_*)


Penuh Pengisian


Assalamualaikum

Awak yang disayangi fillah

Ahamdulillah. tadi  saya TER  'rajin' pula mencari maklumat dan TIBA-TIBA terjumpa yang ini. 
Ada kebenaran juga akan kata kata ini. :)

-Kopi dan Pasta- huihui

Adam itu. Kalau ada perempuan yang tidak senyum kepadanya, dikata poyo.
Adam itu. Kalau tidak ada perempuan yang membalas mesejnya, dikata kerek.

Adam. Perempuan bagaimana yang engkau mahu jadikan isteri?
Perempuan yang dengan senang hati memberi salam kepada semua lelakikah?
Perempuan yang murah senyum dan tawanya untuk semua lelakikah?

Ketahui ini wahai Adam,
Sesungguhnya, perempuan itu manja.
Namun , Adam. 
Tahu apa erti batas pergaulan.
Jangan sewenang wenang kau panggil perempuan itu sombong, poyo dan kerek.

Kerana,
Bahawa perempuan itu menjaga aib kamu.
Bahawa perempuan itu membantu kamu.
Menghindar dari dosa.
Menjauh dari kehinaan.
Kerana perempuan itu fitnah dunia
Perempuan itu fitnah bagi kamu.

Adam,
Perempuan ini insan yang lemah
Jangan kau cemar imannya
Jangan kau rosakkan mujahadahnya
Jangan kau kotori kasih dan cintanya pada Illahi
Kerana perempuan itu sedang sedaya upaya menahan dirinya.

Adam,
Andai kau kasih dan sayang pada perempuan
Andai kau mahu membela nasib perempuan-perempuan di luar sana
Andai kau mahu perempuan seperti itu menjadi suri dalam taman hati
Ibu kepada bakal pejuang agama
Doa buat mereka
Doa buat dirimu
Agar ada redha Allah dalam setiap amalanmu dan perempuan itu

Kerana ADAM adalah pembela HAWA

Kita diberi peluang untuk memilih jadi pilihlah yang terbaik untuk diri sendiri.
Doa itu penting.
Usaha juga diperlukan.
Tawakal apabila hati mula menyerah segala padaNYA. :DD


Ada Batasnya

Assalamualaikum

awak yang disayangi fillah

hari ini saya ada mood untuk menaip naip dan bercerita. sebelum ini sibuk dengan kerja kerja yang ada dan perlu memberi komitmen pada mereka yang memerlukan. sibuk juga ya saya ni ! haha.

kadang kadang rasa kelakar kan, bila ada orang cemburu sebab cinta yang belum tentu wujud.
maksudnya : cinta yang berimaginasi :D (sesuka hati saya je).. :P
okeyh tak salah pun awak minat+suka+jatuh hati+(apa lagi ea). hee = ?
kalau awak marah saya sebab seorang lelaki, rasanya tak adil . :D

please be nice with me.
 easy right.
(sayanakorangterimasayabukankeranahartaataubelaskasihan)


-rajin ye awak stalk hp saya dan tolong topupkan untuk sidia-

kebenaran akan muncul jua. :))

alhamdulillah kalau awak ada jodoh dengan si dia.
itu yang awak minta daripada kawan kawan awak.
kami akan mendoakannya untuk awak :))

saya akan sokong awak apa yang awak buat(hanya yang baik je la)..lalala

okeyh. out !


Selamatkan dia, Ya Allah

Assalamualaikum

awak yang disayangi fillah

Ya Allah, tabahkanlah hatiku,
aku belum bersedia kehilangannya.
sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui isi hatiku.

anak-anak sedaraku sayang.
mama Zue sayang pada kamu.
kuatkan hatimu. :'(
 

Riang Di Hatimu

Assalamualaikum

alhamdulillah

rasa syukur ke hadrat Illahi kerana masih memanjangkan umur saya dan memberi peluang untuk saya bernafas lagi. 

terima kasih pada peminat rahsiaku yang tak henti henti bagi kata kata semangat.
(kalau boleh jangan jadi peminat rahsia lagi)
-saya dah tahu tentang awak-

tapi apa apa pun terima kasih ye.
saya hargainya! :DD




Ajal Tanpa Mengira Usia

Assalamualaikum

awak yang disayangi fillah

Saya baru dikhabarkan bahawa saya telah kehilangan seorang cikgu yang penyayang. Arwah menghembuskan nafas terakhir pada pagi subuhnya. Allahu Rabbi. 
sungguh cepat masa meninggalkan diriku. 
Beliau seorang guru yang tegas, berdedikasi dan penyayang. 

cikgu, semoga tenang di alam sana.
saya kirimkan doa pada cikgu. :(

hampir luruh jantungku mendengarkan apa yang diperkatakan oleh guru2 lain tentang penyakit cikgu kami.
cikgu disahkan menghidap penyakit kanser.
cikguuu :'(
cikgu terima kasih mengajar saya dan kawan2.
 kami akan manfaatkan ilmu yang cikgu berikan pada kami. insyaAllah.



Tangismu, Tangisku Jua

Assalamualaikum

sayu hatiku tatkala melihat anak kecil menangis kerana kehilangan seorang yang bernama IBU.
ya Allah, kuatkanlah semangatku !

andai suatu hari nanti saya pergi dahulu. maafkan saya.

masih teringat tangisan adik kecil itu.

sesungguhnya, kita tidak tahu bilakah ajal kita.
sudah bersediakah saya menghadapi saat nyawaku diambil oleh Malaikat Maut.
Allahu  Rabbi.

ya Allah, ampunilah segala dosa-dosaku.

mari sama sama buat amal kebajikan untuk bekalan kita di alam sana.