::Jika kamu menerima nasihat dari seseorang, jangan perkecilkan nasihat tersebut, mungkin itulah nasihat terakhir yang kamu dengar sebelum kamu didatangi kematian::

S.E.N.Y.U.M

Assalamualaikum

Sebelum ini awak datang ke dalam hidup saya. Saya cuba kenal awak. Awak ajar saya apa itu erti kawan dan jujur tentang perasaan. Tiba tiba saya minta awak jauhkan diri dari saya kerana kita bukanlah ada ikatan yang sah untuk melebihi pergaulan. Cuba mematangkan diri adalah jalanku supaya dalam menimba ilmu lagi.

Hari ini, saya cuba jadi kuat. Cuba menjadi tekad sepertimana awak sebelum muncul dalam hidup saya. Andai kata, di Luh Mahfuz memang sudah tertulis nama awak untuk saya sebagai peneman hidup, saya akan terima dengan redha.

Tapi andai lain yang tertulis "dia" adalah jodoh saya yang sebenarnya, saya minta satu sahaja. Doakan saya mampu lupakan awak sebab saya mahu mencintai pasangan saya dunia wa akhirat dengan setulus hati. Kerana "dialah" pelengkap buat kaki saya melangkah ke syurga.


Cinta selepas nikah, indah! ^____^

Kepada dia yang saya hormati, jangan bersedih kerana Allah ada bersama kita. Positifkan diri dan optimiskan minda. ;)


Baju!

Assalamualaikum

Alhamdulillah,


Ya Allah, terima kasih atas memberiku nyawa lagi untuk aku bernafas di muka bumi ini. 

Ya Allah, alangkah seronoknya tengok kawan kawan saya buat pre order baju baju yang amatlah comel!
waaa, pitis tak cukup lorh! :(
takpe hujung bulan saya akan order jugak baju baju tuuu! hehehe :)


bukan untukku saja tapi untuk anak anak sedara/sepupu sepupuku. 
mereka: ("acik, nak baju tuu")
saya: ("order je ke? tak nak bayar")
mereka: ("yela order jela, tak boleh ke ? takpe nanti suruh pa adik bayarkan")
saya: ("errr yela2, acik belikan =.=") -tu lah anak anak sedaraku


Mengikut Arus Masa

Assalamualaikum

perbualanku di malam hari bersama akhi:

akhi: Jue, dah buat keputusan?
saya: dah akhi sambil senyum.
akhi: dah beritahu dia tentang ni?
saya: belum lagi, Jue nak sorang. 
akhi: kalau itu pilihan kamu, ingat Allah sentiasa bersama sama dengan orang yang sabar. 
saya: baik! :)

kadang kadang kita kena senyap untuk cari kekuatan diri lebih lebih lagi kalau kita memerlukan masa untuk bersendirian. 

Senyap itu bukan tanda lemah! take note :))


Kawan Lagi Baik!

Assalamualaikum

Setakat ini, sabar je dengan kerenah dia tapi kadang kadang apabila kita pendam boleh jadi sakit jugakkan. Lagipun tak perlu nak marah dengan salah salah yang kecil ni kan. Comel je kalau kita senyum dan lupakan kemarahan. Tinggalkan dia bukan perkara mudah tapi tapi kita nak cari redha Allah kan, lepaskan dia dan Allah akan jaga dia. Siapa kita nak lawan takdir. Betul tak? hee

Mungkin selama ni, saya tak marah tapi bila dah marah orang orang akan tekejut tapi saya marah bukanlah kerana benci tapi mahu beri dua dua ruang untuk berfikir. Takpelah, kalau itu yang dia fikir. Kita cuma doa dia selamat dunia wa akhirat. Kita tak layak dan tak digalakkan untuk melakukan perkara di luar batas. Kalau orang gaduh dengan kita kerana seorang lelaki, lebih baik tinggalkan, tak ada gunanya kan. Gaduh bukanlah caraku. Islam tak mengajar kita gaduh pun lebih lebih sebab lelaki! ok senyum :)

Belajar dengan hati yang tenang dan lupakan segala kekusutan! Ilmu Allah lagi penting untuk dipelajari. 

Jom ubah hati jadi sabar.

Jom jadi hamba yang Allah redha! ^________^

Taknak cari gaduh dengan sesiapa, yeayy! reunion, reunion.~ :)


Cuti Semester

Assalamualaikum,

Wah, penuhnya habuk! fuhhh~ hehe. dah lama tak meng'update' :)
Alhamdulillah, sekarang bermulanya cuti semester bagiku dan kawan kawan yang lain dalam jurusan Kejuteraan Kimia. Semoga dengan cuti ini, dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya. ;)

Selamat bercuti kawan kawan! Sayang korang! :D

Senyuman Awak Senyuman Saya Juga :)

Assalamualaikum

hai awak yang comel!

Setiap orang ada personaliti dia tersendiri. Tak perlu nak bangkitkan kelemahan seseorang. Hidup ini seperti roda. Jangan ada sifat buruk sangka terhadap orang. Kan comel apabila bersangka baik. hee ;)

Diriku ini bukan mahu bertelingkah dengan kamu teman. Ye semua ada sifat amarah dalam diri. Kalau seorang tak mengalah siapa yang akan dengar dan mahu memberi pendapat. Alhamdulillah, wahai teman saya tak marah awak tapi saya diam mahu melihat apa yang awak lakukan apabila kita memerlukan antara satu sama lain. tak perlu marah marah lagi ya. :)
Kan comel apabila kita senyum dan memberi senyuman pada orang. Itukan satu sedekah. Sayang awak Lillahi Taala. :) 

Saya tak nak bertelingkah dengan siapa siapa sebab itu bukan amalan dalam Islam. Tak kisahlah siapa salah siapa betul sebab Allah Maha Mengetahui. Percaya pada Allah. Kalau seseorang itu mendiamkan diri dan memujuk hati awak, bukan bermakna dia mengalah tetapi dia mahu mengelakkan persengkataan. Islam Ini Indah teman. Jangan disebabkan sesuatu perkara kita bermasam muka. Mari kita perbaiki diri. Ingat kita juga ada penjaga kiri dan kanan malah mencatit juga. Ayuh sama sama bangkit menegakkan syariat Islam. Allahu Akbar!



Mulakan Dengan Bismillah

Assalamualaikum

Alhamdulillah.

Akhirnya tamat sudah cuti mid sem kami. waa *kesat air mata 
Apa apa pun Alhamdulillah ku ucapkan dari mulut dan hatiku kerana dapat bercuti dan meluangkan masa dengan keluarga tersayang dan kawan kawan. *tutup muka

Dengan lafaz basmallah inginku mulai dengan lafaz yang suci ini agar dipermudahkan urusanku. hehe. 

Apa apa pun, harap dengan persahabatan dan perhubungan yang terjalin ini mendapat keberkatan daripada Allah. inshaAllah. :)


Assalamualaikum