::Jika kamu menerima nasihat dari seseorang, jangan perkecilkan nasihat tersebut, mungkin itulah nasihat terakhir yang kamu dengar sebelum kamu didatangi kematian::

Pemergianmu diingati

Assalamualaikum

Allah!

Lama sungguh tidak menaip naip ye. Hee. Mungkin sibuk! (agaknya)

Ketika sedang diriku ceria, saya mendapat panggilan dari saudara maraku tentang arwah paklangku yang telah dijemput Illahi pada petang semalam. Lebih kurang pada pukul 4 petang. Allah! Rasa jantungku seakan akan mahu jatuh dan kepalaku berpinar pinar seketika. Allah! 

Innalillahi Wainna Illaihi Roji'un

Alhamdulillah, semuanya sudah selamat. Semoga arwah paklang Zaki saya dirahmati oleh Allah dan berada didalam golongan golongan yang soleh. inshaAllah.

Setiap yang hidup akan merasai mati. Mati itu pasti. 
Jangan terlalu sedih akan pemergian seseorang bahkan kita perlu mendoakan kepada arwah. Doakanlah yang terbaik untuk arwah di alam yang sana. 

Mari sedekahkan Al-Fatihah buat arwah paklang Zaki saya. Allahurabbi! 
Al-Fatihah.


Hehe

Assalamualaikum

Alhamdulillah

Untuk tiga dua malam. Sungguh ceria+keriangan bersama sama dengan yang tersayang. (cewaah!)
Alhamdulillah dapat berkongsi pengalaman bersama sama mereka yang arif lagi bijaksana. Alhamdulillah atas nikmatMu ya Allah. :)

Sambil menjaga dan melihat si kecil sempat jua saya mencari cari dan memilih barangan si kecil ini.
Antaranya:








Tetiba rasa rindu pada si kecil ini..uwaa :'(

Ooo Akhi!

Assalamualaikum

mood:mencari ketenangan

Ramai kawanku tak percaya yang saya ada abang, sangkaan mereka saya adalah anak sulung mahupun ada kakak. Rupanya tidak kawan, hehe. Terkejut kamu ye, melihat abang abang saya ya serta adik lelaki saya. Tidak mengapa kepada yang tidak percaya, tapi korang dah tengok sendiri dengan mata sendiri kan. :')

Betul cakap abang, maafkan Jue sebab kadang kadang Jue buat sesuatu yang membuat hati abang abang risau dan juga tentang si dia. Jue akan ingat pesan along, angah dan alang ya. *peace*
Maaflah ye adikmu.

yeahh hentikan nama dia dan dia. tiada apa lagi untuk berbahas tentang dia dan dia lagi. mula kehidupan baru dengan abang abang dan adik tersayang serta bakalnya. wahh! (akan cuba sedaya upaya yang mungkin mengenal hati budi orang itu)hahaha. boleh ke Jue? inshaAllah boleh. berusaha !

senyum dalam tawa lebih manis daripada tangis dalam hati. :')))

akhi akhi tersayang jangan lupa pada adikmu ini ya. daa abang abang!




:'))

Assalamulaikum

awak!

hari ini kan, saya nak kongsi sikit cerita jela ye. hehe. Mesti korang rasa ayat ini biasa biasa  je tapi bagi orang lain bukan biasa biasa je. okeyh. tak nak melengahkan masa lagi. Post kali ini untuk teman yang ingin saya kongsikan pada awak awak yang comel ini. 

Mesti korang selalu dengar kan "Ada Aku Kisah". hurm, sebenarnya benda ini macam 'trend' pulak ye. Bukannya apa, ada segelintir orang akan tersentap apabila kita cakap macam ini, ada orang anggap macam biasa, ada orang tak kisah pun, ada orang boleh terima dan ada orang tak boleh terima. Jadi, saya menyeru kepada awak awak yang comel sedang membaca ini, gunakanlah perkataan atau ucapan yang baik baik apabila berkomunikasi dengan kawan kawan awak awak. Tak salah kalau kita gunakan sesuatu ucapan yang baik pada orang. okeyh.. :))


Kartun :)

Assalamualaikum

Alhamdulillah.

Lepas saja membaca dan membelek belek nota, hatiku berbunga riang. Sebabnya, dapat layan cerita kartun kegemaran saya. Awak tak suka? Hurm takpelah. Tak memberi kesan pada mana mana kertas jawapan ujian pun. hee :)

Hanya ada seorang lelaki yang merangkap kawan+teman tapi mesra+kawan gelak ketawa+kawan yang lihat jatuh bangunku sejak dari sekolah menengah sehinggalah kami berdua masuk ke alam universiti(walaupun dia sambung di luar negara)+ kawan yang tak putus bagi semangat+kawan yang kadang kadang membuat hatiku rasa nak marah pun ada. Tapi kitaorang ada minat yang sama, iaitu menonton cerita kartun.Tak mustahil la kalau korang tengok muka dia macam budak sekolah menengah tingkatan tiga. (tak puji tapi kenyataan) :PP

Ya Allah, rindunya pada kawan sorang ni. Semoga awak berjaya dan bawa kejayaan yang cemerlang  daripada pelbagai aspek. 

Sesiapa yang berkenan pada dia atau berminat pada dia ni kan, boleh tinggalkan komen anda! hahaha. (maaf ye Ikram, saya main main je) Lepas awak baca jangan nak marah ke atau merajuk ke ye. Bila daaaaaaa nak balik Malaysia yang tersayang ni kawanku. :)))

Okeyh la, mahu beristirehat bersama kit kat..lalalala :))

Jaga diri ya pada awak yang sedang baca ni. hehe :))


Tersenyum

Assalamualaikum

Kini, saya mampu tersenyum dan gembira ramai dalam kalangan kawan kawanku berubah dan ceria senantiasa. Saya bukanlah seorang yang puitis dalam berkata kata tapi hanya menyampaikan apabila sesuatu perkara itu benar sahaja.

Alhamdulillah, saya akan berjumpa kawan kawan yang dahulunya kami satu sekolah teknik, akan berjumpa pada hujung minggu ini. InshaAllah kawan kawan, kalau tiada aral melintang kita akan berjumpa ya. Destinasi yang kami akan tuju bergantung pada permintaan yang ramai sahaja. heee :)

Uitm Lendu, Unifield Technology College, Kuim dan Matrik. InshaAllah kita akan berjumpa di kawasan Melaka jela ye. Mana mana tempat pun boleh asalkan masing masing tahu tempat tersebut. :'))

Tak sabar nak jumpa awak awak yang comel la. Kepada junior kami, kami nak jumpa korang. Adik adik kami. hehe. 

Kepada yang tak dapat datang, bagitahu pada kakak Sha. :')

Jumpa nanti ye! :))


Kini Diriku!

Assalamualaikum

Alhamdulillah 

Kini, diriku sedang bersiap sedia untuk meneruskan pelajaran semester 4 bagi tahun ini. oh yeahh.
InshaAllah akanku bekalkan ilmu ilmu ini dan berkongsi dengan orang orang yang sayang serta rindu akan ilmu ilmu Allah. Mari berusaha! :)

AllahuRabbi,
Indah sungguh ilmu ilmuMu ya Rabb. Aku malu kerana diriku masih belum menimba sebanyak yang mungkin dalam menelaah ilmu ilmuMu. Berikanlah aku kesempatan masa dan waktu yang Engkau tetapkan buat diriku ini. Izinkan aku mempelajari ilmu ilmuMu ya Rabb. 
Doakan saya ya kawan kawan! :)

satu hari nanti, akanku capai cita citaku itu. InshaAllah.

Masih merangkak rangkak dalam ilmuMu ya Rabb. 

InshaAllah, apabila saya ada kelapangan, akanku ajari adik Mustaqim tentang ilmu ilmu Allah ini. Tunggu akak balik ya adik. Ya Allah, adik ini tidak berdosa. Engkau ampunilahnya dan ampunilah kedua ibubapanya. Adik ini tidak bersalah. Kau lembutlah hati hati orang orang yang menghinanya.
Aku tidak sanggup melihat adik ini terseksa hatinya atas kata kata hinaan daripada orang orang yang tidak menjaga perasaan orang lain. 

Dulu, mungkin kita dihina, tapi jangan sedih. Sebabnya, kita diuji dan kita perlu memaafkan orang lain.

Akak sayang adik, jangan menangis lagi apabila adik jatuh. Adik perlu kuat, adik perlu tabah dan adik perlu bersemangat. (Walaupun adik tak dapat membaca penulisan akak ini, akak percaya adik boleh rasa dan faham apabila kita bersua nanti. Tunggu kepulangan akak)

Adik Mustaqim adalah seorang adik yang kukenali beberapa bulan yang lalu. Umurnya sepuluh tahun. Seorang yang petah berkata kata dan bijak. Dia seorang ceria dan periang pada awalnya akan tetapi ujian yang melanda dirinya sekeluarga membuat dirinya menjadi patah semangat dan kurang yakin akan dirinya. Selepas kejadian itu, adik ini takut apabila berjumpa dengan orang. Tak apa dik, nanti kita pergi jalan jalan lagi ya. Belajar sama sama. Okeyh! :))


La Tahzan

Assalamualaikum

Sekadar berkongsi tentang nikah.

Setiap orang ada memasang niat untuk bernikah. Nak jadikan seseorang itu halal dengan kita. Namun sedarkah kita, sejauh mana kita bersedia memikul tanggungjawab sebelum kata kata keramat di lafazkan.

"Aku terima nikahnya..."

Dewasa ini, kita jangan hanya fikirkan keseronokan dan keasyikan apabila si bunga telah ditawan oleh si kumbang, tetapi sang lelaki haruslah bersedia dalam tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga dan menjaga hak kebajikan isteri. Tak perlu runsing, apabila disaat pernikahan kita memikirkan nak pakai baju warna apa, 'trend' yang macam mana ataupun berbulan madu di mana, tetapi sang suami adakah awak sudh bersedia untuk memikul dosa isteri yang menjadi saham utama untuk dipersoalkan di akhirat kelak?

"Lelaki(suami) itu pelindung bagi perempuan(isteri), kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka(lelaki) atas sebahagian yang lain(perempuan), dan kerana mereka(lelaki) telah memberikan nafkah dari hartanya."
(An-Nisa:34)

Tambahan pula, bagaimanakah nasib mereka yang berada diluar sana yang diduga dan dihimpit dengan fitnah cinta? Niat pada awal perkenalan ingin menjadikan si dia sebagai teman hidup tetapi sebaliknya berlaku. 

"Sesungguhnya orang orang yang bersabar sahajalah yang akan disempurnakan pahal mreka dengan tidak terkira."
(Surah Az-Zumar:10)

Jangan berasa sedih mahupun kecewa apabila sesuatu yang kita inginkan tidak berakhir dengan kehendak hati. Terimalah takdir dengan hati yang terbuka. Walaupun setiap perkara telah diusahakan namun bersyukurlah sekurang kurangnya usaha ke arah mempunyai hubungan yang diredhai syarak.

La Tahzan(Jangan Bersedih) apabila lamaran dan nikahmu ditolak oleh orang yang kamu ingin jadikan dia sebagai teman hidupmu. 



Inginkan Cebisan RinduMU

Assalamualaikum 

andai diri ini salah bicara dan kata, maafkanlah.
andai diri ini tidak mampu berkata kata, maka tegurlah
andai diri ini menyusahkan, tegurlah sebaik baiknya.

tidak ada apa yang kuharapkan melainkan keredhaan dariNya.
berubah diriku bukan kerana ingin meraih simpati
tetapi
mahu menjadi lebih baik di pandanganNya.

kini,
tidak kukesali andai kaum adam mengatakan diriku ketinggalan zaman dari segi pakaian
mahupun 'trend' masa kini.

saya minta jasa baik awak yang comel ini, mendoakan kesejahteraan saya dan beristiqamah dalam ke arah kebaikan demi mencari keredhaanNya.
mari sama sama menjadi hamba yang taat padaNya!

wahai bakal pemilik tulang rusuk, diri ini tidak tahu siapakah geranganmu. mungkin kita ada terjumpa mahupun tidak, tetapi diri ini percaya kamu juga sedang mencari sinar hidayahNya. diri ini masih mahu membetulkan apa yang diri ini salah.

andai satu hari nanti kita berjumpa dengan takdirNya, terima diri ini dengan redhanya. inshaAllah perasaan yang ada sekarang ini, biarlah Allah yang memegangnya agar diri ini dan kamu sama sama mencari keredhanNya.

saya tidaklah secantik perempuan di luar sana.
hanya kain buruk ini mampu melindungi diriku.
moga diri ini dapat istiqamah mencari ilmu ilmuNya.
doakan bakal ibu kepada anak anakmu dan bakal jenazah pada suatu hari nanti.



Mereka

Assalamualaikum

Acap sekali kita dengar kalau kita tak dipercayai oleh orang yang kita sayang, dalam hati kita akan ada satu perasaan yang biasa biasa je. Sebabnya hilang kepercayaan bukan satu perasaan yang enak yer tapi membuatkan seseorang jadi pendiam dan pendam perasaan.  -statement ke-    tak tahu la~

Kini, saya nak ucapkan terima kasih pada mereka yang mengajar dan diajar kepada diriku tentang sikap manusia. Mungkin, kita tak sedar yang kita ada buat salah pada orang, dan orang buat salah dengan kita. Jadi, maafkanlah mereka walaupun awak tak dapat terima kata kata hinaan, makian atau cacian. Memang pedih dan sakit tapi kita maafkan dengan hati terbuka. Jangan salahkan orang yang cakap macam tu tapi salahkan diri kita dahulu. Perbetulkan apa yang perlu dibetulkan. okeyh :)

kepada: abang hakim, ustaz, zul, wani, shasha, ina, yaya, kirana, ida, dan lain lain.

saya tak tahu nak ungkapkan apa lagi tapi saya terima.  mungkin ada sesuatu yang mengajar saya tentang kehidupan. mulai kehidupan dengan baik, kalau kita nak jadikan sesuatu itu baik untuk diri kita. 

biarkan kisah dahulu jadi sejarah dan pengajaran bukan disalah ertikan. 

kisahku bersama mereka kadang kadang membuatkan hatiku dan permikiranku untuk menjadi matang dan tahu berfikir dengan rasional. ^_^

wassalam. :')


Kamu!

Assalamualaikum

Alhamdulillah. :')

Syukur, masih dapat bernafas lagi. :)
Alhamdulillah, dapat berjumpa dengan kawan kawanku. 
Tak lama lagi, saya ada anak buah baru. yeayyy! *peace*

Wah, kepada kamu dan isteri semoga bahagia selalu. :)
Jaga isteri kamu baik baik!
Gembira dapat jumpa awak berdua. hehehe.
Tumpang bahagia. :)

Jaga kesihatan awak dan bayi. -senyum-

Tenangnya melihat awak berdua. 

Semoga berjumpa lagi. wee~ :DD


p/s: mohon maaf ye pada kawanku, saya tak ada gambar dia. hehe. 
inshaAllah, satu hari nanti kamu kamu akan berjumpa dengannya. :))



Mungkin Satu Hari Nanti ;)

Assalamualaikum

AllahuRabbi.

Setiap orang nak yang terbaik dalam hidup mereka kan. Jap, siapa yang geleng geleng kepala?
-seharusnya angguk kepala- *okeyh good ;)

Tak semua kehendak kita, orang dapat ikut. Begitu juga, kehendak awak tak semua orang boleh ikut. Sama juga dengan situasi untuk menyayangi diri awak. Mungkin awak sudah luahkan padanya tetapi berdoalah kawan. Mungkin satu hari nanti, dia jadi milik awak yang sah. Mana tahu kan. Jangan putus berdoa kawan kalau betullah awak nak jadikan dia sebagai seorang isteri kamu yang sah pada suatu hari nanti. InshaAllah. ;)   *angkat kening

Saya pula yang terlebih 'excited' bila kawan nak dirikan masjid. hehe. 

p/s: Kami sebagai kawan awak akan mendoakan yang terbaik untuk awak dan bakal pasangan awak itu yer. *kenyit mata sikit*



Awak Buat Saya Tersenyum!

Assalamualaikum

Alhamdulillah

Sedang diriku melihat gambar kawan kawan sekolahku. Tetiba teringat akan satu persoalan dan cara kawanku seorang ini bertutur denganku.

N: Zue, boleh tak aku nak tanya sikit?
J: Tanyalah.
N: Kenapa ea kau suka pakai macam ini, tak lemas ke, tak panas ke ?
J: *Senyum sambil jawab* Kenapa awak tanya macam tu? Inikan pakaian yang ditetapkan oleh syariat.
N: Aku malu dengan kau, boleh aku pinjam sehelai ?
J: Boleh. *tepuk bahu dia* -dalam hati, semoga awak berubah kawan, saya ada bersama awak kalau awak perlukan. Banyak berdoa supaya awak berada di dalam jalan yang Allah redha-

Setelah itu, beberapa tahun kemudian. Saya terjumpa dengan kawanku ini. Alhamdulillah. Perubahan yang sedang saya lihat jauh lebih baik dari sebelum ini. Alhamdulillah. Awak berubah kerana Allah dan mahu mengikut syariat. 

Sekarang 2013: Awak sudah berhijab dengan baik. Alhamdulillah awak sudah berpurdah. 
Semoga awak beristiqamah dalam melakukan kebaikan ini kerana Allah. 

p/s: Jangan hina  atau sindir orang yang ingin melakukan perubahan tapi berikan dia galakan. ok :))

Subhanallah! Cantik sungguh ciptaanMu, ya Allah.



^_^

Assalamualaikum

Alhamdulillah

Terima kasih teman sebab lagu ini !! :)))

Kamu Saja- Ainan Tasneem

Sayangku bagiku kau mempesona
Kau sempurna kau terima aku seadanya
Walaupun hidup tak selalunya indah
Hariku indah kerna kamu selalu ada
Hanya kamu saja yang mampu membuatku terbang tinggi
Kamu saja yang membuat tidurku lena
Kamu saja yang mampu membuat mimpiku indah
Kamu saja yang mampu membuat diriku gembira

Tak pernah terlintas di hatiku ini
Untuk curangi dan berpaling pada yang lain
Namamu saja yang terukir di hati
Kau menerangi diriku di kala ku sepi 
Hanya kamu saja yang mampu membuat aku tertawa
Kamu saja yang mampu membuatku jatuh cinta
Kamu saja yang mampu membuat diriku bahagia.