::Jika kamu menerima nasihat dari seseorang, jangan perkecilkan nasihat tersebut, mungkin itulah nasihat terakhir yang kamu dengar sebelum kamu didatangi kematian::

Sebelum Terlena

Assalamualaikum

Awak yang disayangi fillah

Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakur di pembaringan 
Mengenang kan nasiib diri

Yang kerdil lemah yang bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpah hidayahMu

Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar  air mata tak mampu membasuhi dosa ini

Sebelum mata terlena 
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosaku
Tak terdaya ku pikul sendiri

Hanya rahmat dan kasih sayangMu
Yang dapat meringankan hulurkan maghrifahMu
Andai esok bukan milikku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi

Sebelum berangkat ke daerah sana
Lepaskan beban ini
Yang mencenkam jiwa dan raga

Selimut diri ku
Dengan sutra kasih sayangMu
Agar lena nanti ku impikan 
Syurga yang indah abadi


Saya Sayang Awak

Assalamualaikum
awak yang disayangi fillah

uit, jangan salah sangka ye. :)

saya sayang awak, kawan. 
sayang tak perlu ditunjukkan. betul tak
sekurang kurangnya, kita boleh mendoakan kesejahteraan dia. 
itupun sudah memadai. :D

apabila kita berkawan, biarlah kerana Allah.
sebabnya, di situlah akan terjalinnya ukhwah yang indah, kawan

kawan mungkin datang dan pergi.
tapi jangan biarkan dia pergi meninggalkan awak untuk selama lamanya.
apabila Allah menjemput dia, awak janganlah kesal tapi doakan yang baik baik untuk dia.

ya Allah, Engkau selamatkanlah kawanku yang sedang bertarung nyawa kerana kesakitan yang dia alami. izinkan aku menatap mukanya lagi. 

kawan, harap awak bersabar ya. takpe sakit itu sebagai penghapus dosa dosa awak. 
jangan kesal dengan apa yang awak hadapi.
insyaAllah, saya akan lawat awak lagi. ok :))


Rehat Sebentar Bersama Kit Kat

Assalamualaikum

okeyh mari kita menaip naip.. okeyh tarik nafas dan hembus ;)

okeyh sebenarnya saya nak kongsi ini, tadi kan..tadi kan saya ada baca sesuatu yang menusuk ke kalbu.. cewaahh... ;P
*letak bantal spongebob kat tepi*
 sebab kan, orang yang tulis tu letak gambar 'sweet' dia dengan isteri. 
waa........
 *tutup muka*

" I want to grow old with you.
We will sit on the balcony together and sip steaming hot coffee with vanilla creamer.
We will tell all kinds of jokes and stories and still be holding hands "

waa, tahu tak apa dalam fikiran saya sekarang. hurm. insyaAllah, my future husband. 
(saya tak tahu siapa orang tu tapi biarlah Allah yang tentukan.. :)). 
kalau betullah dia, saya terima ! ngade gile ! *tarik hidung kucing* :P
 apa yang saya merepek ni. ish..ish.. 
okeyh2 lain kali sambung yo !=DD


Betul ke?

Assalamualaikum

awak yang disayangi fillah

hurray saya seronok dalam sedih seketika.
rasa kelakar lah wak !
betul ke apa yang awak buat ni?
tk menyesal ke?
hurm :/
awak kate nak pergi sambung belajar kat sana kan. apa kata awak pergi habiskan belajar dulu walaupun saya tahu awak akan habis belajar tahun depan. 
apa kata pergi sambung belajar lagi. boleh kan. 

sesungguhnya, saya tak nak ambil hak orang. 
maaflah kakak, ini bukan keputusan adik :(

bincang dengan dia baik baik ye. 

saya tak akan marah awak kalau awak jujur dengan saya. (bab perasaan)

*lempang nak*

okeyh sambung baca buku, abaikan orang macam tu :))


Kan Dah Beritahu

Assalamualaikum

awak...

opss..terlebih sudah !
kan saya dah bagitahu , jangan sakitkan hati orang.
kan dah terasa pada diri sendiri.

eh awak tahu kan, yang dia tak suka awak tapi kenapa buat macam tu lagi.
terima kenyataan la wahai sayangku. :))

jangan buat yang bukan bukan ye. 
Allah Maha Mengetahui, kawan !
takpe kalau sekarang awak kecewa dengan sikap dia.
mana tahu, suatu hari nanti Allah pertemukan kamu dengan orang yang lebih baik daripada dia.
jangan salah sangka pada Allah. okeyh =))

Allahu Rabbi. 




Kamu Yang Dirindui

Assalamualaikum

awak yang disayangi fillah

awak yang comel ini, apa khabar? *tutup mata*
alhamdulillah, hari raya yang saya jalani bersama sama orang orang yang tersayang.
raya kali ini bermakna sebab dapat jumpa dengan orang orang yang lama menghilang di sebalik buku
 *sebab mereka masih  belajar lagi* wee~

eh awak, saya dapat duit raye ! hurrayy :))
okeyh.. sila tutup mata kalau awak yang comel ni jeles.. :))
sebenarnya bukan nak cerita duit ghayer tu.. tapi sepupu yang saya rindu tu la.
ya Allah, terkejut apabila dia berdiri depan saya sambil senyum. haishh.. :/
 okeyh saya terkejut bro !

rasa seronok+gembira+terharu+++
apabila jumpa sepupu sepapat yang ceria dan sporting ! ;))
plus dengan dapat duit ghayer ! :))
terima kasih awak awak :))
terutama:
(keluarga saya,atuk2,nenek2,abang2,kakak2,makcik2,pakcik2,sepupu sepapat yang cool,dia,
dan seumpamanya)
terima kasih la ye,susah susah je bagi.. tapi seronok !
rasa macam budak sekolah pulak :))



okeyh, dah cukup rasanya merepek kat sini =))


Alhamdulillah

Assalamualaikum

awak yang disayangi fillah

Alhamdulillah, esok raya!
Allahu Rabbi...

ya Allah, tabahkanlah hatiku ini. Moga apa yang aku lalui ini mendapat redhaMu dan keampunan..amiin..

Saya nak susun sepuluh jari sebab nak minta maaf pada awak yang comel ini andai diri ini telah membuat salah dan silap sama ada sedar mahupun tidak. =)

Ya Allah, sekiranya ini Ramadhan dan Syawal ku yang terakhir, Engkau permudahkanlah segala urusanku. 
Ya Rabb, Engkau Maha Mengetahui isi hati hambaMu ini. 
Alhamdulillah..

Jadikanlah Syawal yang menjelma ini, disambut dengan kesyukuran dan kegembiraan. 
sama sama kita mohon keredhaan dariNYA. insyaAllah

 


Saat Itu

Assalamualaikum

awak yang disayangi fillah

Allahu Rabbi.. 

Allah yang menguasai segala yang ghaib.
Manusia hanya mampu mentafsir dan melihat bukti kekuasaannya berdasarkan yang mereka alami hari ini.
Manusia hanya mampu menjangka masa hadapan berdasarkan apa yang berlaku semalam.

Bersabarlah dengan kelemahan itu.
Yakinlah dengan apa yang dipinta.
Selagi itu sesuatu yang baik.
Cubalah untuk yakin Allah sedang mendengarnya dan sedang menguruskannya.
Meskipun kita sudah tidak melihat harapannya lagi.
Teruskanlah berharap pada Allah.
Cukuplah Allah untukku.
Sebaik baik pembantu dan penolong urusanku. :)

Itulah jalan kehidupan, iman itu sedang diuji. 
Sabar dan yakin adalah kuncinya... :D



Lembaran Hidup Wanita Solehah

Assalamualaikum

Alhamdulillah, rasa kesyukuran dipanjatkan kepada Allah Rabbul Jalil atas Iradat-Nya sebab diberi peluang untuk meng'udate' blog ini =)

Selawat serta salam atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga Baginda. Doa disedekahkan kepada para sahabat tabiin, tabi' tabiin, para ulama dan seluruh umat Islam. :D

Mampukah aku menjadi seperti Khadijah
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan Fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah senang rela bersama..

Dapatkah kudidik jiwa seperti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijaksana
Pendorong tatkala kesusahan dan penderitaan 
Tiada sukar untuk dilaksanakan
Lantaran keikhlasan yang sentiasa bersarang
Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan ayahandanya yang sentiasa berjuang
Tiada sebarang harta dunia
Layaklah dia penghulu wanita syurga..

Ketika aku marah
Ingin kuintip serpihan sabar 
Dari catatan hidup Siti Sarah
Mampukah aku menjadi solehah seperti mereka?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah...



Kasihmu Tiada Tandingan

Assalamualaikum

awak yang disayangi fillah

Alhamdulillah.. =)
Ya Allah, terima kasih..

hari ini, ibuku memberi hadiah kepadaku. 
bagiku hadiah itu amat bermakna. 
walaupun hanya sebuah buku, 
 bukan benda benda yang mewah
tetapi saya amat hargainya.
terima kasih, mak ! :D

sebuah buku yang menarik perhatianku untuk membaca.
iaitu..
Buku Panduan Fiqah dan Ibadah..
..."Hadiah Buat Muslimah"...

kita kena selalu baca buku buku yang ilmiah supaya kita dapat menambah ilmu yang telah sedia ada.
jangan sombong ketika menuntut ilmu, lembutkan hatimu ketika seseorang mahu mengingati kita..
mari tambah ilmu kawan kawan, terutama ilmu agama. okeyh  =)
penting ye, ilmu agama dalam diri seseorang. Ingat tu ! :)



Doa Perpisahan


Assalamualaikum

awak yang disayangi fillah 

Pertemuan kita di suatu hari
Menitiskan ukhwah yang sejati
Bersykurku ke hadrat Illahi di atas jalinan yang suci

Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah di atas suratan
Ku tetap pergi jua.

Kan ku utuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hambaMu

Mencari hidayah daripadaMu
Dalam mendidik kesabaranku
Ya Allah tabahkan hati hambaMu
Di atas perpisahan ini

"Teman betapa pilunya hati menghadapi perpisahan ini.
Pahit manis perjuangan telah kita rasa bersama. 
Semoga Allah meredhai persahabatan dan perpisahan ini.
Teruskan perjuangan."

Senyuman yang tersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu.

Semoga Tuhan Memberkatimu =)

 


InsyaAllah Akan Bertemu Lagi

Assalamualaikum

awak yang disayangi fillah.

Allahu Rabbi, rasa sedih apabila bulan Ramadhan akan melabuh tirainya tidak lama lagi. 
Sama sama cari malam Lailatul Qadar ye kawan kawan.. =)



Kuatkan Semangat Awak !

Assalamualaikum

awak yang disayangi fillah.. :)

Let Allah be in your heart before anybody or anything else.. =)


alt

Jangan Salah Sangka :)

Assalamualaikum

awak yang disayangi fillah

Alhamdulilah..

malam ni rasa nak menaip naip pulak,,hee 
nak berkongsi sedikit kata kata =)
kalau kita kehilangan orang yang kita sayang, kita akan rasa sedih kan. tentulah ya !

 

benar kata orang, kalau kita lihat orang sakit..kita tak akan dapat merasai sakit itu macam mana.
tapi kalau kita sakit, kita perlu bersyukur sebab kita masih diuji oleh Illahi. 
jadi jangan lihat orang sakit itu lemah.
sebenarnya dia tidak mahu orang orang dia sayang akan bersedih.
percayalah bahawa dalam hati orang sakit itu, mahukan dirinya sihat seperti anda yang masih boleh membaca post saya kali ini =)
sakit itu salah satu nikmat. jadi kenapa perlu merungut berlebihan .
'sweet' nya Allah pada kita kan. 
DIA masih menguji orang orang yang dikehendakiNYA.
bersyukurlah wahai kawan kawan walau ditimpa kesakitan walaupun hanya sedikit. :)


Smiling's My Favorite !

Assalamualaikum

awak yang disayangi fillah

Don't ever judge anyone. 
You don't know their story and what's really going on.  
A smile can hide so much. :) 

Loving someone who doesn't feel the same way is like using a white crayon on a white paper. 
It's always invisible.. 


Bicara Hati

Assalamualaikum

awak yang disayangi fillah

awak,,awak,,awakk
okeyh awak tahu tak, kita tak suka perkara macam tu terjadi lagi..
 saya pun tak suka kalau orang cari salah saya..
saya tahulah ramai orang suka awak tapi awak kenalah jaga hati orang lain sama.

tak salah pun awak suka orang tu, tapi awak kena hormat keputusan dia.
kan comel bila antara dua orang ada persefahaman.. :)

awak belajar elok elok ya, jangan nak fikir sangat orang disini.
capai apa yang awak nak dalam pelajaran dan buktikan. :D

insyaAllah, kalau ada rezeki kita akan jumpa kembali. hehe

awak, saya ada pesanan untuk awak::

"Sebelum saya kahwin, saya mahu bahagiakan ibu bapa saya dahulu."

awak dan awak,

sebelum saya kahwin, saya mahu benar benar merasai cinta Illahi,
sebelum saya kahwin, saya mahu mengutip pengalaman selama mana hidup sendiri.
sebelum saya kahwin, saya mahu persiapkan hati untuk menghadapi cabaran mendatang.
sebelum saya kahwin... hurm, entahkan sempat atau tidak !

Yang pasti, akan kahwin atau tidak, ajal pasti akan datang.
Sebelum kematian datang menjemput, diriku mesti sentiasa melakukan perubahan ke arah kebaikan.

seharusnya ditukar "sebelum saya pergi...", kemudian baru menyedari begitu banyak perkara yang masih perlu dilakukan selain hanya berfikir "sebelum saya kahwin" !

menjalani kehidupan mencari sebenar benar hakikat cinta...

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).. "
(Surah al-Israa', ayat 32)

Di Sebalik Wajahnya

Assalamualaikum

awak yang disayangi fillah

Alhamdulillah, saya masih dapat update lagi. =)
okeyh hari ini hatiku rindu sangat pada kawan kawan yang meninggalkan saya dan kawan kawan yang lain. 
apakah?
takpelah, moga moga awak yang sambung belajar di tempat lain, harap awak okeyh dan boleh perform. :)

terima kasih juga sebab ingat pada saya lagi.. :)
jaga diri wahai kawan kawanku. 
perjuangan kita telah bermula. :D

walaupun kita berpisah, tapi awak tetap sudah mengukir satu memori indah dalam kamus saya.
be strong, baby.. kita masih boleh berhubung lagi. teruskan usaha awak di tempat lain :))


My Dear "ADAM"

Assalamualaikum,

awak yang disayangi fillah..

Lamanya saya meninggalkan blog ini. Banyak sudah habuknya..fuhhh. hee :)
Okeyh malam ini saya ada masa dan mood nak menaip sesuatu untuk awak yang comel ini la. :D

my dear 'Adam'
U don't have to drive any BMW / Skyline to be gorgeous.
be an Imam in prayers.
that's how I define gorgeous. 
U don't have to nice voice and hush me with lovely to woo me.
recite the Kalamullah Al-Quranul Kareem.
that's how I would melt.
U don't have to be rich for me to love u... :DD