::Jika kamu menerima nasihat dari seseorang, jangan perkecilkan nasihat tersebut, mungkin itulah nasihat terakhir yang kamu dengar sebelum kamu didatangi kematian::

*Peace*

Assalamualaikum

Air mata adalah satu satunya,
cara bagaimana mata berbicara
ketika bibir tidak mampu 
menjelaskan apa yang telah 
membuatkan hatimu terluka...

kopi dan pasta :') *peace* 



Mari bersyukur dengan nikmat Allah :)

Assalamualaikum

Alhamdulillah

Dengan izinMu, aku dapat mencapai apa yang kuhajatkan selama ini. Alhamdulillah. Jangan nangis atau sedih kalau Allah tak memakbulkan apa yang kita hajatkan, tetapi berdoalah lagi dan lagi. InshaAllah, Allah akan memperkenankan doamu teman. Yang penting, usaha, doa dan tawakal kena seiring. Okey :')   *peace*

Tak sangka dengan apa yang kualami sekarang. InshaAllah ada kebaikannya nanti. Jangan cepat mengalah dengan apa yang kamu hadapi sekarang ye Jue. *angkat kening*  lalala

Mahu timbul rasa kasihan dalam diri sendiri dan menginsafi kesalahan kesalahan yang pernah kita lakukan? Mari kita lihat sama sama, sama ada kita ini bersyukur atau tidak?

Kalau awak yang comel ini rajin, ambil sedikit masa awak pergi melawat orang sakit di wad. Ada masa? *mesti ada yang beranggapan 'lecehlah'*  Aipp.."Nak kena babap dengan saya, kalau awak yang comel ini buat terdetik dihati begitu."  Tunggu dulu saya nak beritahu awak kalau awak ada terdetik begitu. Mereka mahukan perhatian dan ingin bersama sama dengan orang tersayang untuk kongsi apa yang mereka rasa.. Jangan pandang redah pada mereka yang pernah terlantar di katil wad itu ye. Banyak perkara yang awak dapat pelajari. Kalau awak faham perasaan mereka, inshaAllah, awak akan rasa bersyukur kenapa awak tak di uji sebegitu. sekian. :))

Pesan saya: 
Jangan ambil mudah apabila ingin berkata kata dengan orang sakit, hati dan perasaan mereka sensitif. Ingat itu. Kalau nak marah ke, tunggulah masa yang sesuai ye. Kalau boleh padamkan api kemarahan itu dengan memaafkan dia. Okey :)

Tak salah pun awak ambil tahu tentang orang sakit ini. Percayalah! *cewaahh* ;)

Alhamdulillah masih bernafas di muka bumi Allah. ;))

Mari lihat diri awak dan awak dan awak macam mana. Tak salah kalau kita berubah ke arah kebaikan. Malah comel taw! :)) 

Jom jadi baik kerana Allah s.w.t, demi mencari keredhaanNya dan keampunanNya.

Hargai apa yang kita ada sebelum Allah ambil nikmat nikkmatNYA. Bersama sama kita bermuhasabah diri. 

Salam Ukhwah :))




'HASBUNALLAHU WA NI'MAL WAKIL'


Assalamualaikum

ALLAH berikan kita dugaan dan ujian untuk kita kuat dan cekal.
Kadang kadang Allah tidak memberikan apa yag kita pinta 
tetapi,
Pastinya DIA memberikan apa yang terbaik buat kita kerana caturanNYA yang Maha Halus,
pasti ada hikmah di sebaliknya. :)

Takpe Jue, sakit sikit je kan. Ceria... :)



Terima Kasih Wak

Assalamualaikum

Kadang kadang kita perlu melepaskan seseorang walapun hati kita membantah. Bohonglah kalau awak yang sedang membaca ini tak pernah menyukai seseorang sama ada dalam diam mahupun secara terus terang. Apabila saat perpisahan berlaku, bohonglah juga kalau hati awak tak rasa sedih. Mungkin akan rasa sedikit. Sekurang kurang ada daripada tak ada langsung.

*tarik nafas dan hembus*

Melepaskan awak, bukan bermakna saya tak suka tetapi mahukan ruang untuk terima keadaan sekarang ini dengan redha. Redha amatlah perlu dalam kehidupan kita. Nak tak nak, kita kena terima. Doakan seseorang itu kan, adalah tanggungjawab kita sebagai umat Islam. Mendoakan kesejahteraan orang ramai. 

*tutup mata dan incik bear di dalam mindaku*

Walaupun awak tak memahami apa yang berlaku sebenarnya, biarlah ini jadi rahsia diriku. Asalkan awak bersangka baik sahaja pada setiap perkara. Bersangka baik itu kan indah. :)

Semoga awak bahagia selalu, doaku padamu mengiringi walau di mana saja. 

Bahagialah wahai hati dan senyum bear. :))

terima kasih sebab awak dah tunaikan janji itu walaupun rasa pahit.



You

Assalamualaikum

Sometimes 
I wish I never became so close to you,
that way it wouldn't be as hard saying goodbye. :(

-____-


Assalamualaikum

Mencintai seseorang itu adalah hak kita, 
namun memiliki seseorang yang kita cintai tanpa ikatan sah itu bukan hak kita. 
Jangan pernah takut melepaskan sesuatu yang belum berhak kita miliki. 
Dia pasti kembali seandainya ALLAH menjadikan ia untuk kamu miliki atau ALLAH akan menggantikan dengan yang jauh lebih baik.
 Jangan pernah takut kehilangan sesuatu yang bukan milik kita.


Begitu juga, kalau kita sayang pada seseorang.
Tak semua orang akan faham perasaan kita.
Jadi kenapa perlu marah, kalau seseorang tidak mengetahui perasaan kita.
Sebabnya:
Tak semua manusia dapat baca apa yang kita fikir dan rasa.

Mengadulah pada ALLAH, DIA kan adalah sebaik baik pendengar. 
Jangan sedih kalau awak akan meninggalkan seseorang untuk sementara atau selamanya.
Inikan putaran hidup.
Semua orang akan merasai saatnya mati.
Cepat atau lambat.
Itu adalah ketentuan ALLAH.
Jadilah seorang hamba yang redha dengan ketentuanNYA.

Stop wasting your tears on someone who didn't care enough to make you smile.

I hope you always find a reason to smile.

Wassalam... ;)


Berikanku Secebis Kekuatan

Assalamualaikum

awak yang disayangi fillah

auchh.. *penat+letih+tak bermaya=nak pengsan je rasa*

Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk jalani setiap perkara yang telah Engkau tetapkan untuk hambaMu ini. TanpaMu, aku bukanlah sesiapa.

*peluk incik teddy bear kesayangan* cik ted, kesian awak kan. hari hari awak teman saya. takpe asalkan awak tak bercakap sudah ye. nanti pengsan saya. hee :))



;)


Assalamualaikum

awak yang disayangi fillah

Hidup ini ujian, akhirat tempat balasan.Ujian berat ganjaran besar, maka sentiasa tenang. Tak semua orang sakit akan merana. Orang positif walau sakit teruk tidak merana, orang negatif sakit sikit merana banyak. Jom audit. (Prof Dr Muhaya)

Tak Lama Lagi Kan

Assalamualaikum

awak yang disayangi fillah

Alhamdulillah :)

kali ini, saya mahu berkongsi cerita tentang 'baby'. Dah kenapa saya ni kan. hee. Bukan apa, saya rasa terkejut dan gembira sangat tadi(maksudnya hari ini) :) . 

Terserempak dengan kawanku(kawan perempuan) yang sedang berbadan dua. yeahhh. Okeyh,saya  mula mula tidak perasan dia dan incik suaminya, ingatkan siapa tadi, tetapi apabila dia sudah tegur(mungkin terkejut tengok perubahan diriku kot..-kurus atau gemokkk- ) hee. Apalagi pada masa tu.. *shouting* la. lalala

Ops lupa pula, dia sedang berbadan dua, *mesti bahagia kan Iffa* -saya suka tengok wajah awak, wajah keibuan- :))

Nasib baik incik suami dia 'sporting', hee.. Yang tak boleh terima apabila, si kawanku cakap "bila 'turn' kamu?" *gulp*  -____-

Sabar ye Iffa, tunggu anak awak dah boleh berlari ke, dah masuk sekolah darjah 1 ke, kita cakap tentang bila 'turn' saya ye. hehe :PP

Semoga awak dipermudahkann melahirkan anak ye, InsyaAllah. Jangan lupa beritahu saya, nak tengok 'baby' awak. Mesti comel macam awak.

Kepada anak yang bakal lahir- Semoga kamu jadi anak yang soleh/solehah, jaga umi dan walid kamu, apabila kamu sudah besar nanti, jangan lupa pada mereka, semoga awak mewarisi kepandaian dan kebolehan yang umi dan walid kamu ada ye.- *tak sabar nak tengok kamu*   :)))



ATV

Assalamualaikum

awak yang disayangi fillah

Alhamdulillah kembali tempat yang sudah lama kutinggalkan. 
Wah suasana dia, sama seperti dahulu kala(nak sedapkan hati) :)

waaa, sampai bila ni :/

nak ikut mereka meyh.. 
sabar ye wahai abang abang dan kakak kakak ku sekalian

Jujue nak ikut jugak main "ATV racing" lagi. huh!

awak yang sedang baca tahu tak apa benda alah ni. hee

mesti awak yang comel tahu kan, apa itu "ATV racing"?

saje nak tunjuk, apa itu "ATV racing".


 ha, awak dah tahu kan selepas tengok gambar ini.
lalalala~

-amik kat incik 'google' je ni-

aktiviti ini seronok ! 
kepada yang suka cabaran, tak salah pun awak cuba.

nak main ni, ajaklah sepupu sepupu korang. mesti best!
(bagi meramaikan)

(sekarang ni hanya mampu dengar dan tengok je korang main)
takpe~ nanti dah sihat , saya pulak 'join' ye. hee :))


Alhamdulillah

Assalamualaikum

awak yang disayangi fillah

Alhamdullilah

Syukur,
 itu yang mampu kuucapkan. 
Alhamdulillah, keputusan semester 3 sudah keluar.
Alhamdulillah. terima kasih ya Allah :))

apabila sudah berusaha, jangan lupa doa dan tawakal pada Allah.
kita kena yakin dengan janji janji Allah. :)

Allah Maha Melihat dan Maha Mendengar.
DIA melihat apa yang kita lakukan, jadi redha dengan usaha yang kita lakukan.
kita jangan lupa padaNya.  :)