::Jika kamu menerima nasihat dari seseorang, jangan perkecilkan nasihat tersebut, mungkin itulah nasihat terakhir yang kamu dengar sebelum kamu didatangi kematian::

Jangan Izinkan Aku Jatuh Cinta Andai Masanya Belum Tiba

Assalamualaikum 

Aaawak !!! Okeyh awak. Yela awak. Awak yang sedang membaca ini.
Nampakkan tajuk saya ni. Tentulah awak nampakkan..hee :D
Sebelum itu nak tunjuk ini::::
>>>>>>>>>


Maaf ya saya rembat kat incik google gambar ni. Ini hanya penyeri untuk entri kali ini. Alhamdulillah saya masih belum ke arah ini lagi :)) InsyaAllah suatu hari nanti.. (ececeh) 
*tutup muka dengan bantal*

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku jatuh cinta,
Aku mohon agar Engkau tunjukkan jalan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaanMu,
Kerana dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Engkau tahu kami belum bersedia,
Selamatkanlah kami,
Jarakkanlah kami,
Pisahkanlah kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosakkan izzah dan iffah,
Agar kami  tidak mengundang murkaMu,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai Illahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan  untukku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah yang baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan   yang benar benar mampu memimpinnya ke syurgaMu
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cintaMu.
Amin.. :)

Perkhawinan tu bukan mainan ye. Hari ini nikah dan kalau boleh janganlah berpisah kecuali hanya maut sahaja memisahkan. Sama sama kita doa supaya kita suatu hari nanti akan kekalkan dalam ikatan yang suci ini. InsyaAllah =) *tetiba je ada mood nak taip perkara macam ni* ngee~

Bukan untuk saya sahaja, tapi untuk awak juga :)

Sampaikan sesuatu ilmu tak salah malah baik sekali.. Kan comel apabila kita kongsi ilmu dengan orang walaupun sedikit.. :DD
InsyaAllah akan ada manfaatnya kelak.. :)))


No comments:

Post a Comment