awak yang disayangi fillah
awak,,awak,,awakk
okeyh awak tahu tak, kita tak suka perkara macam tu terjadi lagi..
saya pun tak suka kalau orang cari salah saya..
saya tahulah ramai orang suka awak tapi awak kenalah jaga hati orang lain sama.
tak salah pun awak suka orang tu, tapi awak kena hormat keputusan dia.
kan comel bila antara dua orang ada persefahaman.. :)
awak belajar elok elok ya, jangan nak fikir sangat orang disini.
capai apa yang awak nak dalam pelajaran dan buktikan. :D
insyaAllah, kalau ada rezeki kita akan jumpa kembali. hehe
awak, saya ada pesanan untuk awak::
"Sebelum saya kahwin, saya mahu bahagiakan ibu bapa saya dahulu."
awak dan awak,
sebelum saya kahwin, saya mahu benar benar merasai cinta Illahi,
sebelum saya kahwin, saya mahu mengutip pengalaman selama mana hidup sendiri.
sebelum saya kahwin, saya mahu persiapkan hati untuk menghadapi cabaran mendatang.
sebelum saya kahwin... hurm, entahkan sempat atau tidak !
Yang pasti, akan kahwin atau tidak, ajal pasti akan datang.
Sebelum kematian datang menjemput, diriku mesti sentiasa melakukan perubahan ke arah kebaikan.
seharusnya ditukar "sebelum saya pergi...", kemudian baru menyedari begitu banyak perkara yang masih perlu dilakukan selain hanya berfikir "sebelum saya kahwin" !
menjalani kehidupan mencari sebenar benar hakikat cinta...
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).. "
(Surah al-Israa', ayat 32)
No comments:
Post a Comment