Assalamualaikum
awak yang disayangi fillah
Allahu Rabbi.
"Tuhanku aku tidak layak untuk syurgaMu,
Tetapi aku tidak pula sanggup menanggung seksa nerakaMu
Oleh itu kurniakanlah keampunan kepadaku
Ampunkanlah dosaku
Seseungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar"
Apabila mendengar dan menghayati zikir taubat ini, mata semakin perit menahan menangis. Akhirnya, tanpa dapat dibendung lagi, air mata bercucuran jatuh membasahi bumi. Maka bermulalah saat ini, hadir satu rasa yang kuat untuk menjadi lebih baik lagi. Namun apakah aku kuat melawan segala dugaan dan rintangan yang bakal mendatang sepanjang perjalanan menjadi lebih baik itu ?
Saya bersyukur kerana Allah masih sayangkan saya. Walaupun ujian yang diberi itu membuatkan diri menjadi lebih tabah dan kuat semangat. Alhamdulillah.
Pesan saya, jika awak yang comel ini ingin berubah menjadi baik, teruskan niat awak. Jangan sesekali toleh ke belakang. Berusahalah untuk berubah. Kita di dunia ini tidak lama. Berusahalah mencari teman yang mampu tegur kesalahan awak walaupun itu pahit untuk awak menerima. Tetapkan hati, kuatkan semangat. Teruslah menjadi baik. Moga Allah permudahkanlah segalanya. InsyaAllah. :)
"Rintangan pasti melanda,
Jangan undur walau selangkah
Teruskan perjuangan
Hingga ke akhirnya"
Kata seorang hamba Allah: Jangan toleh kebelakang andai dirimu mula terasa ingin berubah menjadi lebih baik. Kerana Allah sentiasa bersamamu. InsyaAllah niatmu itu akan dipermudahkan. Pelukalah hidayah yang telah Allah kurniakan itu seerat-eratnya. Jangan sampai Allah jemu dengan kita. Nauzubillah.
No comments:
Post a Comment