Assalamualaikum
Awak yang disayangi fillah
Ahamdulillah. tadi saya TER 'rajin' pula mencari maklumat dan TIBA-TIBA terjumpa yang ini.
Ada kebenaran juga akan kata kata ini. :)
-Kopi dan Pasta- huihui
Adam itu. Kalau ada perempuan yang tidak senyum kepadanya, dikata poyo.
Adam itu. Kalau tidak ada perempuan yang membalas mesejnya, dikata kerek.
Adam. Perempuan bagaimana yang engkau mahu jadikan isteri?
Perempuan yang dengan senang hati memberi salam kepada semua lelakikah?
Perempuan yang murah senyum dan tawanya untuk semua lelakikah?
Ketahui ini wahai Adam,
Sesungguhnya, perempuan itu manja.
Namun , Adam.
Tahu apa erti batas pergaulan.
Jangan sewenang wenang kau panggil perempuan itu sombong, poyo dan kerek.
Kerana,
Bahawa perempuan itu menjaga aib kamu.
Bahawa perempuan itu membantu kamu.
Menghindar dari dosa.
Menjauh dari kehinaan.
Kerana perempuan itu fitnah dunia
Perempuan itu fitnah bagi kamu.
Adam,
Perempuan ini insan yang lemah
Jangan kau cemar imannya
Jangan kau rosakkan mujahadahnya
Jangan kau kotori kasih dan cintanya pada Illahi
Kerana perempuan itu sedang sedaya upaya menahan dirinya.
Adam,
Andai kau kasih dan sayang pada perempuan
Andai kau mahu membela nasib perempuan-perempuan di luar sana
Andai kau mahu perempuan seperti itu menjadi suri dalam taman hati
Ibu kepada bakal pejuang agama
Doa buat mereka
Doa buat dirimu
Agar ada redha Allah dalam setiap amalanmu dan perempuan itu
Kerana ADAM adalah pembela HAWA
Kita diberi peluang untuk memilih jadi pilihlah yang terbaik untuk diri sendiri.
Doa itu penting.
Usaha juga diperlukan.
Tawakal apabila hati mula menyerah segala padaNYA. :DD
No comments:
Post a Comment