Alhamdulillah apa yang aku inginkan, Allah permudahkan. Walaupun aku dapat merasai sekejap. Bak kata orang, kita akan rasa bahagia sekejap je. Tapi derita akan berpanjangan apabila ada orang tak berpuas hati dengan kita. Ya Allah, aku hargai dengan pertemuan itu. Andai itu pertemuan aku yang terakhir dengannya, aku pasrah. Ye memang, singkat sangat kami berjumpa. Seolah olah mengetahui bahawa aku dan dia akan berakhir. Kenapa hatiku berkata begitu? Mungkin itu petanda yang aku perlu jauhinya. Ya selalu kata hati adalah firasat yang paling tepat. Apa yang kita rasa itu, adalah perkara yang bakal berlaku. Ya Allah, aku tak mampu untuk menampung perasaan rindu pada hambaMu, ambillah perasaan ini. Ya Allah, jagakanlah dia untukku.
No comments:
Post a Comment