Assalamualaikum

awak yang disayangi fillah
Bismillah
Suami: Assalamualaikum, bidadariku. Tiap hari lepas baca Al-Quran mesti sayang bagi laporan berapa juz dah habis. Kenapa semalam tak bagi mesej laporan?
Isteri: Waalaikumussalam. Orang merajuk! :(
Suami: Laaa, kenapa ni?
Isteri: Semalam abang ponteng tahajud. Sayang call kejut abang tak jawab.
Suami: Astaghfirullahal'azim. Abang penat+malas semalam.
Isteri: Tapi abang dah janji dengan sayang nak masuk syurga sama sama.
Suami: Betullah tu. Hmm, abang minta maaf.
Isteri: Bila abang ponteng amal, sayang akan lebih amal, bila sayang lebih, sayang takut syurga sayang lagi tinggi dari abang. Abang duk syurga rendah. Sayang tak mahu berpisah dengan abang. Abang yang janji nak bercinta sampai syurga kan?
Suami:(mengalir air mata) moga Allah ampunkan abang. Abang janji malam ni tak malas malas lagi :)
- siapa nak macam tu? Cuba angkat tangan sikitt. Saya nak kira! Senyum tak perlu kata apa-apa ^_^
p/s: Kalau awak cantik/tampan, binalah hati yang cantik /tampan macam awak juga. Agar Allah kurniakan teman hidup yang berhati jernih.
Jom ke arah itu ! :))
credit: Ukhti Ain atas post beliau. Penuh makna. :)

No comments:
Post a Comment