Assalamualaikum
Awak yang disayangi fillah
Alhamdulillah, sudah sampai ke destinasi yang ingin kutujui.
Berkat kesabaran orang disekelilingku membuatkan hari ini dan perkara ini menjadi realiti.
Ya Allah,Alhamdulillah.
"Susah itu tarbiah, sabar itu indah"
Moga apa yang kulalui ini mendapat keredhaan dariNya.
Ya Allah, tenangnya tempat ini.
Moga masih ada masa untuk esok dan esok dan esok serta esok dan seterusnya esok untuk menikmati nikmat Allah.
Allahu Rabbi!
Terasa diriku kerdil apabila melihat pemandangan alam ini, walaupun ramai yang tidak menyukai akan tempat ini, hatiku rasa tenang dan aman tanpa sebarang gangguan. Tanpa dia juga membuatkan diriku rasa tenang. Apa yang kurasa ini seolah olah mengetahui diriku mahukan bersendirian tanpa gangguan darinya.
Ambil masa untuk menerima kenyataan atas percakapan beliau. Tak ada orang yang sempurna. Setiap orang ada sikap dan perangai yang berbeza beza. Jadi hormat sedikit apabila dia meluahkan rasa tidak puas hati dan teguran yang disampaikan. Bukan, mahu bergaduh tapi mahu sedarkan bahawa setiap orang ada perasaan. Walaupun dengan hanya sepotong ayat, boleh mengguriskan hati dan perasan orang lain sepanjang hayat. Tegur biarlah berhikmah. :)
*tutup mata sambil hembuskan nafas*
Lupakan apa yang telah berlaku, senyum dan mulakan hari esok dengan ceria.
Ya Allah, layarkanku ke arah cintaMu
Tuntunku mengapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan cebisan keinsafan
Bekalan sepanjang jalan
Mencari ketenangan.
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang abadi.
bebasnya rama rama itu terbang
moga apa yang dihajatkan tercapai
seseorang itu diam tidak bermakna dia mengalah dan tidak tahu apa apa
tapi dia ingin menjaga hati orang orang disekelilingnya.
jangan cepat marah dan melatah, apabila kita melihat orang itu diam.
diam dia, kerana tidak mahu timbulnya perbalahan atau pergaduhan
jadi apa salahnya kita bersangka baik pada orang.
tak salah kalau kita berubah ke arah kebaikan.
itu lebih baik daripada segalanya. :')
No comments:
Post a Comment