::Jika kamu menerima nasihat dari seseorang, jangan perkecilkan nasihat tersebut, mungkin itulah nasihat terakhir yang kamu dengar sebelum kamu didatangi kematian::

Mari bersyukur dengan nikmat Allah :)

Assalamualaikum

Alhamdulillah

Dengan izinMu, aku dapat mencapai apa yang kuhajatkan selama ini. Alhamdulillah. Jangan nangis atau sedih kalau Allah tak memakbulkan apa yang kita hajatkan, tetapi berdoalah lagi dan lagi. InshaAllah, Allah akan memperkenankan doamu teman. Yang penting, usaha, doa dan tawakal kena seiring. Okey :')   *peace*

Tak sangka dengan apa yang kualami sekarang. InshaAllah ada kebaikannya nanti. Jangan cepat mengalah dengan apa yang kamu hadapi sekarang ye Jue. *angkat kening*  lalala

Mahu timbul rasa kasihan dalam diri sendiri dan menginsafi kesalahan kesalahan yang pernah kita lakukan? Mari kita lihat sama sama, sama ada kita ini bersyukur atau tidak?

Kalau awak yang comel ini rajin, ambil sedikit masa awak pergi melawat orang sakit di wad. Ada masa? *mesti ada yang beranggapan 'lecehlah'*  Aipp.."Nak kena babap dengan saya, kalau awak yang comel ini buat terdetik dihati begitu."  Tunggu dulu saya nak beritahu awak kalau awak ada terdetik begitu. Mereka mahukan perhatian dan ingin bersama sama dengan orang tersayang untuk kongsi apa yang mereka rasa.. Jangan pandang redah pada mereka yang pernah terlantar di katil wad itu ye. Banyak perkara yang awak dapat pelajari. Kalau awak faham perasaan mereka, inshaAllah, awak akan rasa bersyukur kenapa awak tak di uji sebegitu. sekian. :))

Pesan saya: 
Jangan ambil mudah apabila ingin berkata kata dengan orang sakit, hati dan perasaan mereka sensitif. Ingat itu. Kalau nak marah ke, tunggulah masa yang sesuai ye. Kalau boleh padamkan api kemarahan itu dengan memaafkan dia. Okey :)

Tak salah pun awak ambil tahu tentang orang sakit ini. Percayalah! *cewaahh* ;)

Alhamdulillah masih bernafas di muka bumi Allah. ;))

Mari lihat diri awak dan awak dan awak macam mana. Tak salah kalau kita berubah ke arah kebaikan. Malah comel taw! :)) 

Jom jadi baik kerana Allah s.w.t, demi mencari keredhaanNya dan keampunanNya.

Hargai apa yang kita ada sebelum Allah ambil nikmat nikkmatNYA. Bersama sama kita bermuhasabah diri. 

Salam Ukhwah :))




No comments:

Post a Comment