::Jika kamu menerima nasihat dari seseorang, jangan perkecilkan nasihat tersebut, mungkin itulah nasihat terakhir yang kamu dengar sebelum kamu didatangi kematian::

Semoga Awak Tenang Di Sana

Assalamualaikum

awak yang disayangi fillah

Allahu Rabbi. *kesat air mata jap*

Saya dikhabarkan bahawa saya telah kehilangan seorang kawan, eh tak. bagi saya dia adalah adik! seorang adik yang banyak membuat diriku tersenyum apabila melihat keletahnya. Aku terjelepok di lantai apabila mendengarkan apa yang disampaikan.

Ya Allah, kuatkanlah hatiku.

dulu awak hilangkan diri daripada kakak.
awak pergi tinggalkan kakak.
awak tinggalkan sekeping nota kecil untuk kakak.
awak...
ya Allah, tabahkanlah aku atas dugaanMu ini. :'(


"kini, awak pulang dan bawa sinar itu untuk kami semua.
tapi untuk seketika waktu.
Allah pinjamkan awak untuk kami semua,
tetapi Allah lebih menyayangi kamu, adik
Allahu Rabbi."

semoga awak tenang di sana, sayang.
kakak halalkan apa yang kakak beri padamu.
akak maafkanmu, dik. 

Allah.

mari sedekahkan al-Fatihah untuk adik Nur.

sesungguhnya ajal tidak mengira umur dan waktu.

apabila sudah sampai waktunya, malaikat maut akan menjalankan tugasnya.

Allahu Rabbi. 

Ya Allah, terima kasih kerana Engkau pinjamkan dia kepadaku walaupun seketika.









No comments:

Post a Comment