::Jika kamu menerima nasihat dari seseorang, jangan perkecilkan nasihat tersebut, mungkin itulah nasihat terakhir yang kamu dengar sebelum kamu didatangi kematian::

Terima Kasih Wak

Assalamualaikum

Kadang kadang kita perlu melepaskan seseorang walapun hati kita membantah. Bohonglah kalau awak yang sedang membaca ini tak pernah menyukai seseorang sama ada dalam diam mahupun secara terus terang. Apabila saat perpisahan berlaku, bohonglah juga kalau hati awak tak rasa sedih. Mungkin akan rasa sedikit. Sekurang kurang ada daripada tak ada langsung.

*tarik nafas dan hembus*

Melepaskan awak, bukan bermakna saya tak suka tetapi mahukan ruang untuk terima keadaan sekarang ini dengan redha. Redha amatlah perlu dalam kehidupan kita. Nak tak nak, kita kena terima. Doakan seseorang itu kan, adalah tanggungjawab kita sebagai umat Islam. Mendoakan kesejahteraan orang ramai. 

*tutup mata dan incik bear di dalam mindaku*

Walaupun awak tak memahami apa yang berlaku sebenarnya, biarlah ini jadi rahsia diriku. Asalkan awak bersangka baik sahaja pada setiap perkara. Bersangka baik itu kan indah. :)

Semoga awak bahagia selalu, doaku padamu mengiringi walau di mana saja. 

Bahagialah wahai hati dan senyum bear. :))

terima kasih sebab awak dah tunaikan janji itu walaupun rasa pahit.



No comments:

Post a Comment