::Jika kamu menerima nasihat dari seseorang, jangan perkecilkan nasihat tersebut, mungkin itulah nasihat terakhir yang kamu dengar sebelum kamu didatangi kematian::

Awak Buat Saya Tersenyum!

Assalamualaikum

Alhamdulillah

Sedang diriku melihat gambar kawan kawan sekolahku. Tetiba teringat akan satu persoalan dan cara kawanku seorang ini bertutur denganku.

N: Zue, boleh tak aku nak tanya sikit?
J: Tanyalah.
N: Kenapa ea kau suka pakai macam ini, tak lemas ke, tak panas ke ?
J: *Senyum sambil jawab* Kenapa awak tanya macam tu? Inikan pakaian yang ditetapkan oleh syariat.
N: Aku malu dengan kau, boleh aku pinjam sehelai ?
J: Boleh. *tepuk bahu dia* -dalam hati, semoga awak berubah kawan, saya ada bersama awak kalau awak perlukan. Banyak berdoa supaya awak berada di dalam jalan yang Allah redha-

Setelah itu, beberapa tahun kemudian. Saya terjumpa dengan kawanku ini. Alhamdulillah. Perubahan yang sedang saya lihat jauh lebih baik dari sebelum ini. Alhamdulillah. Awak berubah kerana Allah dan mahu mengikut syariat. 

Sekarang 2013: Awak sudah berhijab dengan baik. Alhamdulillah awak sudah berpurdah. 
Semoga awak beristiqamah dalam melakukan kebaikan ini kerana Allah. 

p/s: Jangan hina  atau sindir orang yang ingin melakukan perubahan tapi berikan dia galakan. ok :))

Subhanallah! Cantik sungguh ciptaanMu, ya Allah.



No comments:

Post a Comment