::Jika kamu menerima nasihat dari seseorang, jangan perkecilkan nasihat tersebut, mungkin itulah nasihat terakhir yang kamu dengar sebelum kamu didatangi kematian::

Senyuman Awak Senyuman Saya Juga :)

Assalamualaikum

hai awak yang comel!

Setiap orang ada personaliti dia tersendiri. Tak perlu nak bangkitkan kelemahan seseorang. Hidup ini seperti roda. Jangan ada sifat buruk sangka terhadap orang. Kan comel apabila bersangka baik. hee ;)

Diriku ini bukan mahu bertelingkah dengan kamu teman. Ye semua ada sifat amarah dalam diri. Kalau seorang tak mengalah siapa yang akan dengar dan mahu memberi pendapat. Alhamdulillah, wahai teman saya tak marah awak tapi saya diam mahu melihat apa yang awak lakukan apabila kita memerlukan antara satu sama lain. tak perlu marah marah lagi ya. :)
Kan comel apabila kita senyum dan memberi senyuman pada orang. Itukan satu sedekah. Sayang awak Lillahi Taala. :) 

Saya tak nak bertelingkah dengan siapa siapa sebab itu bukan amalan dalam Islam. Tak kisahlah siapa salah siapa betul sebab Allah Maha Mengetahui. Percaya pada Allah. Kalau seseorang itu mendiamkan diri dan memujuk hati awak, bukan bermakna dia mengalah tetapi dia mahu mengelakkan persengkataan. Islam Ini Indah teman. Jangan disebabkan sesuatu perkara kita bermasam muka. Mari kita perbaiki diri. Ingat kita juga ada penjaga kiri dan kanan malah mencatit juga. Ayuh sama sama bangkit menegakkan syariat Islam. Allahu Akbar!



No comments:

Post a Comment