::Jika kamu menerima nasihat dari seseorang, jangan perkecilkan nasihat tersebut, mungkin itulah nasihat terakhir yang kamu dengar sebelum kamu didatangi kematian::

S.E.N.Y.U.M

Assalamualaikum

Sebelum ini awak datang ke dalam hidup saya. Saya cuba kenal awak. Awak ajar saya apa itu erti kawan dan jujur tentang perasaan. Tiba tiba saya minta awak jauhkan diri dari saya kerana kita bukanlah ada ikatan yang sah untuk melebihi pergaulan. Cuba mematangkan diri adalah jalanku supaya dalam menimba ilmu lagi.

Hari ini, saya cuba jadi kuat. Cuba menjadi tekad sepertimana awak sebelum muncul dalam hidup saya. Andai kata, di Luh Mahfuz memang sudah tertulis nama awak untuk saya sebagai peneman hidup, saya akan terima dengan redha.

Tapi andai lain yang tertulis "dia" adalah jodoh saya yang sebenarnya, saya minta satu sahaja. Doakan saya mampu lupakan awak sebab saya mahu mencintai pasangan saya dunia wa akhirat dengan setulus hati. Kerana "dialah" pelengkap buat kaki saya melangkah ke syurga.


Cinta selepas nikah, indah! ^____^

Kepada dia yang saya hormati, jangan bersedih kerana Allah ada bersama kita. Positifkan diri dan optimiskan minda. ;)


No comments:

Post a Comment