::Jika kamu menerima nasihat dari seseorang, jangan perkecilkan nasihat tersebut, mungkin itulah nasihat terakhir yang kamu dengar sebelum kamu didatangi kematian::

Awak Rindu

Assalamualaikum

awak yang disayangi fillah.

ha. mengenai post saya kali ini. tujuannya untuk apa ya? 
untuk awak yang comel ini la. hee.
okeyh. awak dah bersedia untuk meluangkan masa untuk entri kali ini. ayuh ikut saya.
kalau tidak sudi, sila tinggalkan blog ini dengan segera.
saya tak paksa sesiapa untuk membaca. sebab disini tiada paksaan ya. peace. :)

sebelum itu, nak tanya dulu la ya. mesti awak ada pernah rindu pada seseorang kan. 
tak kisah siapa beliau di mata awak.
apa yang awak buat ya?
(jawab dalam hati kalau macam tu sebab saya tak dapat nak dengar, hehehe)

okeyh disini saya nak kongsi serba sedikit dengan awak yang comel ini dengan rutin saya.

selagi dinamakan manusia, kita memang mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi.
betul kan. memang lumrah kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan rasa rindu,
tetapi jangan pula rindu yang berlebihan.

kerinduan kepada kekasih, acap kali membekaskan duka,
penyakit yang menyebabkan kelemahan hati. (mengaku jela, cepat) ngee~

kita sebenarnya berperang dengan perasaan sendiri. Namun siapa sedar hakikat itu.
okeyh kalau kita rindu, ucapkanlah zikir supaya kita tidak lalai.
tak salah pun kita nak rindu tapi ada batasannya.

Namun seorang muslim, akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.

ha, awak yang comel ini. mari baca yang seterusnya ya.

Ibnu Qayyim ada memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu.

apa dia ya?

Sebelum itu, beliau memberi sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi 
Antaranya:
  • hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kerana Allah sebaliknya membiarkan mata meliar( maknanya kita harus menjaga pandangan mata kita.)
  • pandangan dan renungan mata adalah membawa kepada kesedihan dan keresahan.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Pandangan mata itu daripada sekian banyak anak panah iblis"

okeyh awak mahu baca lagi? kalau mahu teruskan ambil ilmu ini.

Setiap penyakit ada ubatnya. betul tak?
Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran Al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud:
"Demikianlah agar Kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian.
Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba-hamba Kami yang terpilih."
(Surah Yusuf, ayat ke-24)

disini ada tips nak kongsi:

*ikhlas kepada Allah.
(banyak lakukan ibadat)
*doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah
(oleh sebab itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung)
*mengurus mata dan pandangan
(maknanya kalau nak pandang sesuatu, hati hati ya. sebab Allah Maha Melihat)

kalau kita rindu pada seseorang, sebaiknya kita berdoa kerana
Allah Maha Mengetahui isi hati hambaNya.

kalau orang marah kita sebab ini sahaja, beritahu dia:
'Awak tak layak marah saya kerana disebabkan rindu tetapi sudahkah awak mengucap syukur
apabila rindu hadir dalam hidup awak.' ataupun diamkan sahaja. Itu lebih baik. okeyh :)


No comments:

Post a Comment