awak yang disayangi fillah
fuhh, penuhnya habuk. hee :P
ehh, rindu awaklah. terima kasih masih sudi membaca dan menatap blog saya ini ya.
Aku sedang menanti dia
Seorang lelaki yang bergelar suami
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan Allah
Seorang hambaNya yang senantiasa zikirullah
Dia seorang lelaki yang tegas dan berani
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasi diri
Dia sentiasa mengajak aku berjuang fisabilillah
Dia selalu menghiburkanku
Dengan alunan ayat-ayat suci al-Quran
Dengan zikir zikir munajat
Dengan surah surah rindu yang dihafaznya
Ketika aku leka diulit mimpi indah duniawi
Dia menasihatiku supaya mengingati mati
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia
Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa
Dia memang sentiasa kelihatan penat
Matanya penat kerana membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Badannya letih kerana kerana munajat di malam hari
Dia sentiasa mengingati mati
Baginya dunia ini adalah pentas lakonan semata mata
Kita hambaNya adalah pelakon
Hasil keputusan lakonan kita akan dipentaskan di padang Mahsyar nanti
Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan
Baginya dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula
Sejadah imannya yang terkoyak
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri
Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya
Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga
Dia tidak pernah malu mempertahankan agama IslamNYA
Dia tidak pernah malu mempertahankan agama IslamNYA
Kerana Islam adalah addin Allah yang sebenar-benarnya
Dia sentiasa mencontohi sifat sifat mulia Rasulullah SAW
Dia sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya
Kekasih sejatinya dan kekal abadi
Iaitu ALLAHURABBI
Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali
Kerana disitulah tempat pertama wujudnya cinta
Dia ingin membawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki
Aku mencintai dia kerana agama dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta
Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNya
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia
Siapakah dia?
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodohku
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala waktu
Doaku, semoga dia tercipta untukku
Somega aku bertemu jodoh dengan dia
Kerana....
Dia pilihanku...
(ketika menaip post ini, harap yang membaca luas fikirannya. khawin muda atau lambat bukan kita yang tentukan kecuali sudah tertulis di Luh Mahfuz. di sana sudah tercatit perjalanan hidup kita, perkara ini telah tersusun rapi semasa kita di dalam kandungan mak kita lagi. okeyh. berkongsi ke alam maya.) =)
No comments:
Post a Comment