awak yang disayangi fillah,
Cinta adalah kekuatan,
Yang mampu mengubah duri menjadi mawar,
Mengubah cuka menjadi anggur.
Mengubah sedih menjadi riang,
Mengubah amarah menjadi ramah,
Mengubah musibah menjadi muhibbah,
Itulah cinta...
Namun,
Cinta itu akan menjadi kekuatan,
Jika disandarkan pada Allah,
Cinta itu akan menjadi muhibbah,
Jika disalurkan pada jalan yang benar,
Cinta itu akan menjadi riang,
Jika tidak bertentang dengan syariatNya.
Usar gusar jika belum berpunya,
Usah risau jika belum dipetik sesiapa,
Usah malu jika tiada lelaki yang bertakhta.
Yakinlah dengan qada' dan qadar Allah,
Bila mana keluarnya kita dari rahim sang ibu,
Tercatat sudah di Luh Mahfuz,
Siapa jodoh kita,
Bila akhir hayat hidup kita,
Di mana nafas terakhir kita.
Yakinlah,
Allah lah sebaik baik pengatur hidup,
Berdoalah tiap kali selepas solat,
Wa la takilna ila anfusina torfata 'ain
Ya Allah, jangan Kau biarkan masa depan kami ditentukan oleh diri kami sendiri
walaupun cuma sekelip mata
"Serahkan hatimu pada Allah, pasti DIA temukan dengan pemilik terbaik"
Islam mengiktiraf cinta. Buktinya, di dalam Al-Quran sendiri, Allah ada berfirman dalam kalamNya, surah At Taubah ayat 24. Dalam ayat ini, Allah gambarkan ada 3 peringkat cinta dalam Islam
- CINTA AGUNG: Cintakan Allah, Rasulullah dan berjihad di jalanNya
- CINTA PERTENGAHAN: Cinta pada ibu bapa, anak anak, suami isteri, saudara mara dan kaum kerabat
- CINTA RENDAH: cinta kaum kerabat dan harta benda melebihi cinta Allah, Rasulullah dan cintakan jihad di jalanNYA
Mana satukah pilihan kita ? Cinta pertama, kedua atau ketiga ? Sepertimana kata ustazah Fatimah Syarha, mengarang novel TAUTAN HATI, cinta kekasih pacaran(yang belum halal) itu adalah cinta keji, kerana apa ? Kerana Allah langsung tidak mengiktiraf nya dalam Al-Quran.
Tapi, kalau yang memang dah ada taman dalam hati macam mana ?
"Mak ayah tak bagi kahwin lagi sebab tengah belajar. Tak kan haram jugak kot. Rasa suka tak boleh di sekat sekat ! "
Hmm, sebenarnya begini...
" Cinta ini memang fitrah, tapi jangan kita jadikan ia fitnah. Sebagai contoh, bila kita sedang berpuasa, kita disuruh agar tidak mendekati makanan kerana boleh jadi ia membawa fitnah yang boleh membawa kita berbuka puasa. Maka begitu juga CINTA, rasa suka itu fitrah. Jadi, kita dilarang mendekati maksiat seperti zina hati, dating dan bergayut dengannya di telefon agar fitrah itu tidak menjadi fitnah. Sehari tak bercakap dengan si dia menjadi gundah, tapi sehari tak bangun qiamullail, tak pula rasa begitu. Kalau penyakit ini ada dalam hati kita, hati hati ya kawan kawan. Jangan sampai cinta yang kononnya suci ini jatuh martabat menjadi cinta rendah, iaitu bila mana cinta manusia lebihi daripada cinta Allah..
Hati ya kawan kawanku.
(renungan untuk diriku juga) :D
"Aku menyintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu,
hilanglah cintaku padamu." (IMAM NAWAWI)
tak salah kalau korang nak berbual dalam telefon tapi ada hadnya :))
hanya sekadar perkongsian bersama sama awak yang comel.
AMARAN KERAS:: peringatan pada diriku jua! :))
No comments:
Post a Comment