::Jika kamu menerima nasihat dari seseorang, jangan perkecilkan nasihat tersebut, mungkin itulah nasihat terakhir yang kamu dengar sebelum kamu didatangi kematian::

Sekian Ini

Assalamualaikum

awak yang disayangi fillah

Allahu Rabbi. 

Assalamualaikum teman,

Maaf andai warkah ini menganggu fikiranmu teman. Saya cuma mengharapkan keikhlasanmu memahami kandungan warkah ini yang mewakili diriku. Pertama sekali, saya ingin meminta maaf andai segala dosa dan kekhilafanku padamu teman sepanjang kita menjalani ukhwah.

Kita dipertemukan oleh Allah dan dipisahkan olehNYA. Maaf, saya gagal menjadi sahabat yang baik untumu. Maaf juga kupinta darimu kerana tidak mampu menjadi sahabat yang sempurna dan baik untukmu. Saya hanya cuma seorang sahabat yang penuh dengan kekurangan dan kelemahan yang seringkali tidak kusedari. Sekali lagi, maaf temanku. Jangan risau akan diriku kerana saya tak sanggup melihat awak bersedih melihatku seperti ini. :/

Maaf temanku, kerana saya tidak mampu lagi menjadi penyebab awak tersenyum dan tertawa.

Terima kasih sangat sebab awak telah menjadi sahabat yang terbaik untukku. Terima kasih sebab pernah sudi mendengar ceritaku, rintihanku dan tangisanku. Terima kasih kerana pernah berkongsi segala kesenangan dan kesusahan denganku. Terima kasih juga kerana pernah sudi meminjamkan bahu dan pelukan ketika air mataku tidak tertahan. Luhur budimu tidak akan saya lupa teman!

Semoga setiap langkah yang terbuka akan membawamu ke jalan redha Allah. Allah menetapkan untuk menemukan dan kemudian memisahkan kita. Diamku kini bukan bererti membenci, tetapi cukup sebagai tanda saya ingin awak bahagia tanpa saya. :) Semoga awak akan terbiasa sekiranya...

Teman, awak berhak bahagia dan gembira, bukan dibanjiri dengan air mata seperti awak bersama denganku. Maka itu, La Tahzan ya Ukhti. Uhibbuka Fillah (Jangan Bersedih teman. Saya sayang awak kerana Allah)  :'(

 

Sepanjang kita bersama, terlalu banyak yang telah awak korbankan dan banyak juga yang telah awak bantu. Dari segi masa. Allah sangat menyayangi orang yang paling banyak berguna pada orang lain. Dan, itu adalah yang engkau makudkan. Maaf jika saya bukan seperti itu. Semoga Allah terus menyintaimu. Atas kebaikan dan keikhlasanmu.  

Akhir sekali, jika suatu hari nanti awak perlukan seseorang yang untuk mendengar, jangan segan silu untuk mencariku. Semoga Allah akan terus menerus merahmatimu TEMAN !

Warkah ini kulayangkan sebagai tanda saya menghargaimu. Sekali lagi, halalkan jua setiap yang pernah awak berikan padaku. Semoga Allah, membalas setiap kebaikanmu dengan kebaikan yang lebih baik untukmu.

Semoga jua, Allah akan menemukanmu dengan seorang sahabat yang sejati. InsyaAllah teman. Amiin. Jaga diri . Jaga Iman. :))

Tika air matamu mengalir lagi, jangan tahan. biarkan ianya jatuh ke bumi, tapi tolong, jangan lupa untuk menyekanya dan tersenyum kembali. Apabila suatu hari nanti, awak ingin rebah, maka duduklah, tapi tolong, jangan lupa untuk bangkit kembali. Saya akan terus menyokongmu dalam diam dan jarak ini walaupun kita akan terpisah jauh iaitu berlainan alam. 

::Awak tolong ingat ini::
You're never fully dressed without a SMILE..
and,
Your smile makes me smile... :))





No comments:

Post a Comment