awak yang disayangi fillah
Pernah kecewa? Pernah putus cinta?
Cinta terhalang oleh keluarga? Atau sebenarnya memang bukan jodoh...
Perasaan kecewa itu amat menyakitkan .
Putus cinta itu sesuatu yang pedih
apatah lagi cinta dikhianati
PERIT
Umpama kulit dihiris oleh belahan pisau
Cinta terhalang oleh keluarga.
Ya Allah sungguh tragis, bukan.
Mengapa dua insan bercinta tak boleh disatukan
Sedangkan kasih sayang itu telah lama wujud
Maka soal jodoh itu timbul.
Mungkin dia bukan jodohku.
Siapa tahu. Mungkin Allah mahu menguji kamu sebelum Dia memberi nikmat kebahagiaan yang sebenar wujud wahai hati
Benarlah kata kata: "cinta itu tak semestinya bersatu"
kita tak semestinya akan bersama dengan orang yang kita cintai
Tapi kita akan bersama dengan jodoh yang telah tertulis untuk kita di Luh Mahfuz
kerana Allah lebih mengetahui siapa yng terbaik untuk kita.
"Jika tepat masa, ketika, keadaan dan siapa, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya"
-Ust. Pahrol Mohamad Juoi: Tentang Cinta
Wahai hati,
Tabahlah engkau
Kekuatan, ketabahan , ketenangan , kejayaan malah keimanan itu perlu kita cari
sudah tentu dengan izinNya juga kita nikmatinya.
akhirnya.
alhamdulillah. sempat jua saya menaip naip. :)
No comments:
Post a Comment