awak yang disayangi fillah
Alhamdulillah
Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan kita,
supaya kita dapat menjadi penilai yang terbaik.
Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sama fikiran dengan kita
supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah.
Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak memahami keadaan kita
supaya kita dapat kasih sayang yang terbaik , khas untuk diri kita.
Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sempurna
supaya kita sedar bahawa Allah Maha Pemurah Dan Penyayang kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.
Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak penyayang
supaya kita lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya ada bersama Allah
Wahai hati yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta,
fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya
Hari esok pun kita sendiri tak pasti sama ada ia menjadi milik kita.
Gapailah keredhaan Allah dengan melaksanakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.
Percayalah sesungguhnya Allah tidak akan menolak permintaan HambanNya yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan Hanya kepadaNYA.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment