Assalamualaikum
andai diri ini salah bicara dan kata, maafkanlah.
andai diri ini tidak mampu berkata kata, maka tegurlah
andai diri ini menyusahkan, tegurlah sebaik baiknya.
tidak ada apa yang kuharapkan melainkan keredhaan dariNya.
berubah diriku bukan kerana ingin meraih simpati
tetapi
mahu menjadi lebih baik di pandanganNya.
kini,
tidak kukesali andai kaum adam mengatakan diriku ketinggalan zaman dari segi pakaian
mahupun 'trend' masa kini.
saya minta jasa baik awak yang comel ini, mendoakan kesejahteraan saya dan beristiqamah dalam ke arah kebaikan demi mencari keredhaanNya.
mari sama sama menjadi hamba yang taat padaNya!
wahai bakal pemilik tulang rusuk, diri ini tidak tahu siapakah geranganmu. mungkin kita ada terjumpa mahupun tidak, tetapi diri ini percaya kamu juga sedang mencari sinar hidayahNya. diri ini masih mahu membetulkan apa yang diri ini salah.
andai satu hari nanti kita berjumpa dengan takdirNya, terima diri ini dengan redhanya. inshaAllah perasaan yang ada sekarang ini, biarlah Allah yang memegangnya agar diri ini dan kamu sama sama mencari keredhanNya.
saya tidaklah secantik perempuan di luar sana.
hanya kain buruk ini mampu melindungi diriku.
moga diri ini dapat istiqamah mencari ilmu ilmuNya.
doakan bakal ibu kepada anak anakmu dan bakal jenazah pada suatu hari nanti.
No comments:
Post a Comment