Assalamualaikum
Sekadar berkongsi tentang nikah.
Setiap orang ada memasang niat untuk bernikah. Nak jadikan seseorang itu halal dengan kita. Namun sedarkah kita, sejauh mana kita bersedia memikul tanggungjawab sebelum kata kata keramat di lafazkan.
"Aku terima nikahnya..."
Dewasa ini, kita jangan hanya fikirkan keseronokan dan keasyikan apabila si bunga telah ditawan oleh si kumbang, tetapi sang lelaki haruslah bersedia dalam tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga dan menjaga hak kebajikan isteri. Tak perlu runsing, apabila disaat pernikahan kita memikirkan nak pakai baju warna apa, 'trend' yang macam mana ataupun berbulan madu di mana, tetapi sang suami adakah awak sudh bersedia untuk memikul dosa isteri yang menjadi saham utama untuk dipersoalkan di akhirat kelak?
"Lelaki(suami) itu pelindung bagi perempuan(isteri), kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka(lelaki) atas sebahagian yang lain(perempuan), dan kerana mereka(lelaki) telah memberikan nafkah dari hartanya."
(An-Nisa:34)
Tambahan pula, bagaimanakah nasib mereka yang berada diluar sana yang diduga dan dihimpit dengan fitnah cinta? Niat pada awal perkenalan ingin menjadikan si dia sebagai teman hidup tetapi sebaliknya berlaku.
"Sesungguhnya orang orang yang bersabar sahajalah yang akan disempurnakan pahal mreka dengan tidak terkira."
(Surah Az-Zumar:10)
Jangan berasa sedih mahupun kecewa apabila sesuatu yang kita inginkan tidak berakhir dengan kehendak hati. Terimalah takdir dengan hati yang terbuka. Walaupun setiap perkara telah diusahakan namun bersyukurlah sekurang kurangnya usaha ke arah mempunyai hubungan yang diredhai syarak.
La Tahzan(Jangan Bersedih) apabila lamaran dan nikahmu ditolak oleh orang yang kamu ingin jadikan dia sebagai teman hidupmu.

No comments:
Post a Comment