Assalamualaikum
Alhamdulillah
Kini, diriku sedang bersiap sedia untuk meneruskan pelajaran semester 4 bagi tahun ini. oh yeahh.
InshaAllah akanku bekalkan ilmu ilmu ini dan berkongsi dengan orang orang yang sayang serta rindu akan ilmu ilmu Allah. Mari berusaha! :)
AllahuRabbi,
Indah sungguh ilmu ilmuMu ya Rabb. Aku malu kerana diriku masih belum menimba sebanyak yang mungkin dalam menelaah ilmu ilmuMu. Berikanlah aku kesempatan masa dan waktu yang Engkau tetapkan buat diriku ini. Izinkan aku mempelajari ilmu ilmuMu ya Rabb.
Doakan saya ya kawan kawan! :)
satu hari nanti, akanku capai cita citaku itu. InshaAllah.
Masih merangkak rangkak dalam ilmuMu ya Rabb.
InshaAllah, apabila saya ada kelapangan, akanku ajari adik Mustaqim tentang ilmu ilmu Allah ini. Tunggu akak balik ya adik. Ya Allah, adik ini tidak berdosa. Engkau ampunilahnya dan ampunilah kedua ibubapanya. Adik ini tidak bersalah. Kau lembutlah hati hati orang orang yang menghinanya.
Aku tidak sanggup melihat adik ini terseksa hatinya atas kata kata hinaan daripada orang orang yang tidak menjaga perasaan orang lain.
Dulu, mungkin kita dihina, tapi jangan sedih. Sebabnya, kita diuji dan kita perlu memaafkan orang lain.
Akak sayang adik, jangan menangis lagi apabila adik jatuh. Adik perlu kuat, adik perlu tabah dan adik perlu bersemangat. (Walaupun adik tak dapat membaca penulisan akak ini, akak percaya adik boleh rasa dan faham apabila kita bersua nanti. Tunggu kepulangan akak)
Adik Mustaqim adalah seorang adik yang kukenali beberapa bulan yang lalu. Umurnya sepuluh tahun. Seorang yang petah berkata kata dan bijak. Dia seorang ceria dan periang pada awalnya akan tetapi ujian yang melanda dirinya sekeluarga membuat dirinya menjadi patah semangat dan kurang yakin akan dirinya. Selepas kejadian itu, adik ini takut apabila berjumpa dengan orang. Tak apa dik, nanti kita pergi jalan jalan lagi ya. Belajar sama sama. Okeyh! :))
No comments:
Post a Comment